Followers

Sunday, March 4, 2012

Mahathir sudah mula panas!!! - Posted by madie

 
Bila ada cadangan supaya kerajaan melakukan siasatan penuh terhadap penyelewengan yang dialakukan semasa dia pegang tampok pemerintahan negara selama 22 tahun dulu, dia dah mula kepanasan dan cuba nak alih perhatian kepada pihak lain. Ni la perangai dia dari dulu lagi bila dikaitkan dengan sesuatu isu yang tak berapa menyenangkan.

Tun Madey dipercayai cuba mengalih perhatian kerajaan dengan meminta bukan hanya dia saja yang disiasat tapi kesemua Tun2 dan bekas PM yang ada kat Malaysia ni. Wa rasa dan yakin sesangat bahawa cadangan tu ditujukan kepada bekas PM Tun Pak Lah. Dia dengan Pak Lah memang tak belaga angin langsung. Masa Pak Lah jadi PM ni la Tun Madey punya marah sampai keluar dari Umno sebab Pak Lah tak ikut arahan yang dia bagi.


keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh...


Isu MAS yang menyebabkan kerugian wang negara dalam jumlah yang besar,telah mendorong pihak Pakatan Rakyat untuk mendesak siasatan penuh dilakukan ke atas Madey kerana semasa tempoh pemerintahannya telah mengakibatkan kehilangan wang negara hingga mencecah RM100 billion.



Zaman Madey dulu, banyak jutawan segera di kalangan kroni tercipta. Banyak syarikat modal atas angin menjadi syarikat gergasi dalam sekelip mata. Dan masa zaman Madey ni jugak la penswastaan badan2 kerajaan sewenang2nya dilakukan. Sektor perkhidmatan ditukar menjadi bisnes yang sangat menguntungkan. Keperluan asas yang sepatutnya disediakan oelh kerajaan kepada rakyat telah diniagakan. Yang jadi tokey, semua kenalan dan kroni2 rapat dia saja.


keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh..


Paling Madey ni marah dengan Pak Lah ialah bila Pak Lah batalkan projek jambatan bengkok yang menghubungkan Malaysia dengan Singapura. Pembatalan projek tu jugak yang menyebabkan Madey keluar Umno dan serang Pak Lah dari luar. Dan paling Madey bengang bila menantu Pak Lah yang dikatakan lebih berkuasa memberi arahan dan Pak Lah hanya sebagai proksi sahaja.


Bila Umno/BN dikejutkan dengan kekalahan dekat 5 negeri yang kini dikuasai oleh Pakatan, Madey telah dikatakan mendesak supaya peralihan kuasa dilakukan dengan segera untuk menawan kembali negeri2 yang dah depa tewas tu. Dan akhirnya Pak Lah akur dan melepaskan jawatan PM kepada Najib Razak. 


keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh..

Kini, bila Najib pulak yang berkuasa, demi undi dan demi survival politik dia, wa tak heran kalau dia ni sanggup mengheret Madey sekali lagi walaupun dia nampak seperti tak berani nak lawan cakap Madey. Tapi dalam politik, apa pun boleh berlaku. Takut dia kat Madey, wa rasa takut lagi dia kat bini kedua dia, Rosmah Mansor.

keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh..


Selama 22 tahun dulu, masa Madey jadi PM, segala arahan dan perintah Madey ni tak siapa pun dalam Umno/BN yang berani nak bangkang. Walaupun dah bersara, Madey ni wa rasa masih beranggapan bahawa segala arahan dan cadangan dia tak ada siapa yang berani nak bantah. sebab tu dia masih menyalak, meraban, meroyan tak tentu arah. 


Tapi Madey silap, zaman la ni sesiapa yang buat salah akan terima balasannya. Dan wa harap, jika ditakdirkan Pakatan berjaya menawan Putrajaya, segala penyelewenagan, bukan hanya dia, malah semua sekali pak2 menteri dan bekas pak menteri yang ada kat Malaysia di siasat sepenuhnya harta yang dimilikan samada secara sah atau pun secara songlap.



keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.