Helah Dr M mula lagi : Tun inilah yang perlu disiasat
Bekas
Perdana Menteri Mahathir Mohamad cuba membuat "helah biasanya", dengan
mengalihkan tumpuan supaya dia tidak perlu diaudit oleh kerajaan
terutamanya bagi kes RM100 bilion wang pembayar cukai yang lesap akibat
salah tadbir urus kewangan yang dicatatkan semasa pemerintahan beliau
selama 22 tahun dari 1981 hingga 2002.
"Ia adalah lebih baik jika
kerajaan menyiasat semua Tun yang terlibat tetapi jika mereka perlu
memilih, maka jelas Mahathir adalah calon yang tepat untuk disiasat,"
naib presiden PKR Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.
Beliau berkata demikian bagi
menjawab komen yang dibuat oleh Mahathir, yang telah dituduh mengamalkan
rasuah secara besar-besaran semasa berkuasa. ini bagi menjawab gesaan
Penasihat DAP Lim Kit Siang yang mahu audit dijalankan.
"Tetapi semua Tun mesti diaudit.
Anak-anak dan cucu-cicit mereka juga perlu diaudit," kata Mahathir
kepada pemberita yang jelas membuat rujukan kepada Tun Abdullah Ahmad
Badawi, PM selepasnya.
Daim dan Pak Lah juga termasuk
Kit Siang telah merujuk kepada
skandal Tajudin Ramli-MAS, di mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak baru-baru ini mengarahkan semua agensi kerajaan untuk
menyelesaikan tindakan undang-undang mereka terhadap hartawan
kontroversi yang telah dipersalahkan kerana menyebabkan kerugian
sebanyak RM8 billion kepada syarikat penerbangan MAS.
Selain dari Abdullah,
keluarganya juga dituduh kerana terlibat dalam skandal perkhidmatan
catering MAS. Tajudin agak rapat dengan Tun Daim Zainuddin, bekas
Menteri Kewangan yang berhenti pada tahun 2001 selepas pertelingkahan
dengan Mahathir akibat peristiwa beberapa orang jutawan Melayu yang
telah dibiarkan terumbang-ambing apabila Mahathir cuba menyalahkan
mereka.
Dalam afidavit mahkamahnya dia
memberitahu pentadbiran Najib telah mengajak untuk berdamai, Tajudin
menyatakan dirinya adalah "proksi" semata-mata yang bertindak atas
arahan Mahathir.
"Saya telah berkata pada hari
Sabtu bahawa masanya telah tiba untuk mengkaji semula kerugian RM100
bilion yang dialami oleh negara semasa pemerintahan Mahathir selama 22
tahun. Lebih-lebih lagi jika generasi rakyat Malaysia sekarang yang
terpaksa membayar untuk itu, “dosa-dosa Mahathir, Perdana Menteri yang
lalu," tulis Kit Siang dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari
Rabu.
"Ini timbul selepas terpaksa
membelanjakan RM580 juta untuk penyelesaian antara Danaharta dan Tajudin
Ramli diluar mahkamah pada 14 Februari. Terma yang kekal sulit antara
kedua-dua pihak ini melibatkan semua tindakan berkaitan dengan keputusan
penghakiman mahkamah sebanyak RM589.14 juta dimana Tajudin telah
diarahkan untuk membayar kepada Danaharta pada tahun 2009, akan
digugurkan jika Tajudin bersetuju untuk menarik balik tuntutan
sepenuhnya RM13.46 bilion, yang melibatkan 27 rayuan, 11 daripadanya
terhadap Danaharta. "
Tiada jalan keluar, tegas Tajudin
Kes Tajudin berdasarkan kepada
afidavitnya menerangkan bahawa dia telah diarahkan oleh Mahathir dan
Daim pada tahun 1994 untuk membeli kepentingan dalam MAS untuk
menyelamatkan kerajaan yang juga merupakan "khidmat kepada negara" demi
menyelamatkan Bank Negara selepas bank pusat itu mengalami kerugian
besar-besaran akibat spekulasi pertukaran mata wang asing berserta
"Overriding Agreement" untuk melindunginya daripada sebarang kerugian.
"Nampaknya Tun Mahathir merujuk
kepada orang yang perlu disiasat adalah penggantinya, Tun Abdullah.
Mahathir juga mahu dia diaudit penuh atas kerugian kewangan yang berlaku
semasa pemerintahannya selama lima tahun, "tambah Kit Siang.
Badawi mengambil alih
pemerintahan daripada Mahathir pada tahun 2003 dan telah dipersalahkan
dengan pelbagai kejadian yang membelenggu Barisan Nasional semenjak itu
termasuk pilihan raya umum 2008, di mana tanpa disangka-sangka, 5 buah
negeri dan Wilayah Persekutuan telah jatuh pada Pakatan Rakyat yang
dipimpin oleh Anwar Ibrahim.
Malaysia Chronicle
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.