Bangsa UMNO dilarang BACA, takut kencing tak lawas... kahkahkah...
Kami membenci Umno/BN kerana kelakuan Umno/BN itu sendiri. Sebab itulah, bukan kami yang menentukan sama ada kami membenci Umno/BN atau tidak. Umno/BN sendirilah yang menentukannya. Kalau setakat cakap "Umno boleh berubah"...."berubah atau rebah", tetapi perangai makin hari makin BEDEBAH, lagi kuat kami berdoa supaya Allah s.w.t. melak'natkan Umno/BN ni. Setakat hari ni, kelakuan Umno/BN bukan sahaja bertambah jijik, malah kami langsung tak nampak lagi sebarang harapan kelakuan jijik boleh jadi elok.
Kalau nak kata kami benci Umno/BN kerana pembangkang, pembangkang pun kami benci juga kalau kelakuan dia jahat macam Umno/BN atau boleh dibeli dengan gula-gula oleh Umno/BN. Yang kata boleh dibeli dengan gula-gula oleh Umno/BN ialah jenis bodoh dan boleh ditipu hidup-hidup oleh Umno/BN. Dah la dia ditipu Umno/BN, dia tipu pulak orang lain untuk menutup kebodohannya yang boleh dibeli oleh Umno. Jenis ni lagi la tak boleh pakai. Lebih bahaya dari Umno/BN. Ini bukan PEJUANG tapi PEJUWANG....
Dan kalau benarlah ada pihak dalam pembangkang yang disiasat tuduhan ke atasnya oleh pihak berkuasa dok berbaik-baik dengan Umno/BN supaya dirinya atau ahli keluarganya boleh terlepas dari tindakan, jenis tu lah yang paling jahat sekali. Asal diri sendiri atau ahli keluarga yang dipertahankannya selamat, jenis tu sanggup jadi agen Umno/BN sekalipun terpaksa mencacai. Mereka sanggup buat apa saja, termasuk menjatuhkan Kerajaan yang sah. Pendekkata lantaklah apa yang nak terjadi janji aku selamat. Lupa agaknya amanah yang diberikan oleh pengundi. Siapa yang mengangkat dia menjadi pemimpin..?
Dan kalau ada pemimpin pembangkang yang dibiayai oleh syarikat-syarikat yang dikatakan ada kaitan dengan Umno/BN atau polis, jenis tu juga yang paling bahaya sekali. Jenis-jenis tu akan sentiasa tabur paku di atas laluan rakyat untuk menghambat Umno/BN. Kalaulah ada golongan seperti itu, Allah tolonglah tangani puak-puak tu! Sebab lebih mudah menghadapi musuh yang nampak daripada musuh dalam selimut.
Inilah antara sebab kenapa kami membenci dan melawan Umno/BN. Lantaklah kalau orang Umno tak setuju dengan kami sebabnya orang Umno/BN sendiri pun tahu apa kebenaran yang kami katakan ni. Suka ke tak suka TERPULANG. KERAjaan Umno/Be End memang kuat........kuat kencing .....kuat habiskan duit rakyat.....pendek kata kuat la tapi pergi jahanamlah dengan Umno/BN....apa yang paling penting PAKATAN RAKYAT dah cukup kuat untuk kuburkan Umno/Be ENd..........
Kini setelah 4 tahun berlalu selepas PRU12 dan setelah melihat segala kemelut, tekanan dan pencapaian yang sudah, sedang atau yang akan dilaksanakan disamping meneliti dan membandingkan tahap prestasi keseluruhan antara yang ditunjukkan samaada oleh Pakatan Rakyat atau pun Umno/BN secara jujurnya kami tetap akan memberikan undi kami kepada Pakatan Rakyat. Mungkin sesetengah orang akan berkata....."alah kamu memang orang PR sebab tu kamu akan tetap sokong PR".
Betul kami akui itu
kebenarannya tetapi kami tidak akan menyokong secara membuta tuli.
Peluang PR memerintah beberapa negeri telah membuktikan bahawasenya PR
adalah alternatif yang lebih baik untuk memerintah Malaysia berbanding Umno/BN.
Kisah negeri Perak yang mencetuskan konflik yang boleh dianggap menjadi
satu episod sejarah hitam untuk demokrasi di Malaysia bagaimana kerajaan
Pakatan Rakyat Perak dan MB pilihan rakyat dijatuhkan oleh makhamah.
Berbagai-bagai pemanipulasian fakta dikeluarkan oleh pengampu-pengampu
Umno/BN untuk menghalalkan perbuatan merampas kerajaan Perak tetapi satu
aje contoh perbandingan yang kami nak berikan dan kami bukanlah pakar
perlembagaan tetapi kes seperti ini pernah terjadi kepada Almarhum
Sultan Idris pada tahun 1974, yang mana almarhum Sultan tidak boleh
menyuruh atau memecat MB ketika itu Allahyarham Tan Seri Ghazali Jawi
(bapa YB Tajol Rosli). Tuanku sultan terpaksa bernazar untuk menyimpan
misai dan janggut selagi MB ketika itu tidak mahu letak jawatan.
Akhirnya Perdana Menteri ketika itu Tun Hussein Onn terpaksa masuk
campur dan mengarahkan MB letak jawatan. MB ikut perintah PM tetapi
bersyarat. Lepas itu barulah Almarhum Tuanku Sultan mencukur janggut
misainya di Pangkor. Cerita ini cukup masyhur. Semua orang tahu bahawa
Tuanku Sultan ketika itu juga akur kepada ketetapan di dalam
Perlembagaan Perak.
APAKAH PERLEMBAGAAN @ UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI PERAK SUDAH BERUBAH SEHINGGAKAN DULU TAK BOLEH KINI DAH BOLEH...? ...Hu Hu Hu....APA PUN X BOLEH......
Shalehudin
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.