Kenyataan dari Bekas Menteri
Kewangan, Tun Daim Zainuddin ini menafikan kenyataan-kenyataan dari
pemimpin dan juga pencacai UMNO yang mengatakan hanya UMNO boleh
menyatukan Melayu..
KUALA LUMPUR,
4 MAC : Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin berkata, perpecahan
di kalangan masyarakat Melayu pada hari ini bersifat kompleks dan
senario itu berada di tahap membingungkan.
Menurut beliau, sejarah menunjukkan Melayu hanya pernah bersatu ketika menentang Malayan Union dan ketika UMNO dilahirkan.
" Apabila kedudukan mereka dan pemerintah terancam dan melibatkan soal survival, mereka akan bersatu.
" Setelah mereka mencapai matlamat, kita melihat kelahiran pelbagai parti politik Melayu yang melemahkan mereka. Pas dilahirkan bagi menjadikan Malaysia negara Islam. Parti Rakyat, sosialis kemudian Aziz Ishak, Semangat 46 dan kini Keadilan. Kemudiannya parti-parti berkenaan akan memperjuangkan cita-cita pemimpin mereka,"katanya dalam wawancara khas bersama Mingguan Malaysia.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai persoalan mengenai bagaimana kemajuan teknologi hari ini mengubah landskap sosio politik tanah air yang mana masyarakat lebih bebas dan kritis tetapi mengakibatkan perpecahan terutama di kalangan orang Melayu.
Beliau juga diminta menyarankan, dalam keadaan itu,bagaimana caranya memastikan orang Melayu kekal bersatu supaya tetap berupaya mengekalkan survival demi agama dan bangsa.
" Bagi Melayu untuk bersatu, ia mesti tidak melibatkan polisi yang boleh ditafsirkan sebagai ekslusif. Melayu perlu bersatu untuk menentang rasuah, pembaziran, pengurusan tidak betul dan bersetuju untuk menghukum mereka yang melanggar undang-undang," kata Daim.
" Melayu perlu mempunyai pengetahuan dan memberikan keutamaan tinggi kepada pendidikan dan berpegang kepada ajaran Islam dengan menonjolkan kejujuran, disiplin, kerja keras, kejayaan dan sentiasa mengikut jalan yang benar.
" Nilai Islam universal akan menyatukan Melayu," tambahnya lagi.
Menurut pemimpin vateran ini lagi, populasi Melayu yang bersatu akan membawa kepada Malaysia yang bersatu dan mewujudkan keamanan, kestabilan dan kesejahteraan kepada semua.
Namun ujarnya, hanya menumpukan kepada bersatunya Melayu itu sahaja tidak dapat membantu masyarakat itu untuk bersaing dan hidup senang.
Melayu itu perlu mempunyai sifat-sifat yang baik.
Tidak perlulah menjerit mengenai penyatuan walhal berterusan membina jalan untuk perpecahan.
Oleh itu katanya, Melayu perlu ada sifat-sifat berikut :
- Melayu mesti jangan sia-siakan peluang dan tidak melepaskan generasi muda kepada penagihan dadah.
- Melayu perlu hidup di rumah yang selesa dan menjadi alat kepada sumber manusia dan mobiliti.
- Melayu mesti boleh menulis dan bertutur pelbagai bahasa dan berpengetahuan bagi menjadi pemimpin yang hebat.
- Melayu mesti belajar mensyukuri kejayaan dan tidak berhasad dengki untuk menurunkan mereka yang berjaya. Melayu berjaya di satu pihak perlu bersikap rendah diri dan tidak memberikan tanggapan mereka akan membolot segalanya.
- Memerangi elitisme dengan berani dan bermaruah. Tiada ada orang pada era Melayu-DEB yang mempunyai hak untuk menjadi elit dan hebat berbanding yang lain. Ingatlah kepada penggubal DEB di mana mereka adalah pelajar pergerakan Fabian yang sentiasa melihat cara menyamakan kedudukan dalam peluang hidup.
- Kerjasama tulen dengan bukan Melayu dalam perniagaan dan rundingan.
- Kerja keras dan bijak pada masa sama dan jika anda fikir anda telah bekerja keras, letakkan lebih usaha dan tidak gentar kepada kegagalan. Belajar daripada kegagalan.
- Perkukuhkan bahasa Melayu.
- Bercita-cita menjadi pemimpin. Bercita-cita menjadi penderma. Bercita-cita untuk belajar. Bercita-cita menjadi Melayu yang baik.

Pakkaramu
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.