Followers

Thursday, March 1, 2012

FITNAH KHALWAT: DR. BADRUL AMIN AKAN SAMAN STESEN TV DAN AKHBAR SERTA TIMBALAN PENGARAH JAIP - by Roslan Alan



DR Badrul Amin berkata beliau akan berbincang dengan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah akhbar tabloid berbahasa Melayu serta stesen televisyen tempatan kerana menyiarkan laporan khalwatnya.
 
Malah, beliau turut memaklumkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz kerana mengeluarkan kenyataan dalam kedua-dua media itu.
 
“Selepas keterangan saya dan wanita terbabit diambil, Jaip mendapati dakwaan saya berdua-duaan adalah tidak benar dan pihak jabatan agama juga menerima sendiri kenyataan itu.
 
“Dengan itu, kenyataan Mohd Ghazali bahawa saya ditangkap berdua-duaan adalah terbatal, begitu juga laporan media berkenaan bahawa kami ditangkap berkhalwat adalah tidak benar.
 
“Sehubungan itu, kami akan me ngambil tindakan undang-undang terhadap kedua-duanya,” katanya.
 
 
Laksmana Bukit Bintang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.