Membaca tulisan Dr Mashitan Ibrahim di akhbar Sinar Harian, terasa
teramat pelik dengan Ustazah ini, tak padan dengan gelaran Ustazah dan
Doktor. Sehingga ada yang memberi komen ustazah pencukur bulu kening
menjadi penyebar fitnah. Inilah jadinya kalau ustazah masuk UMNO.
Kali ini dia menulis tentang skandal seks, krisis
politik PR. Ceritan ulangan dan bercerita semula kes yang melibatkan
pemimpin PR selepas Dr Badrolamin dituduh berkhalwat. Dia bercerita
tentang skandal seks Anwar Ibrahim, dia mengulang semula kes khalwat
Mohamad Sabu walaupun Mat Sabu tidak bersalah.
Tak pula disebut tentang cerita yang benar-benar berlaku di kalangan peminpin UMNO tentang skandal seks mereka. Yelah takkan nak bercerita tentang perut busuk ahli parti sendiri. Cerita kahwin Najib, cerita rogol Rahim Thamby Chik, cerita Muhammad Taib, episod Ziana Zain dalam UMNO. Takkan UMNO syumul!!
Bahagian paling sesat tulisan Dr Mashitah melalui tulisannya di bahagian penutup.
Rakyat jelata tidak seharusnya terpengaruh dengan gelaran ustaz atau lebai hatta tuan guru daripada kalangan pemimpin parti pembangkang. Ataupun terpegun dengan jubah yang labuh, serban yang tinggi atau janggut yang panjang.
Maksud tulisannya boleh terpengaruh sekiranya ustaz atau lebai hatta tuan guru dari kalangan UMNO walaupun menjual agama kerana nafsu tembolok sendiri yang termasuk dirinya. Takkan juga Dr Mashitah boleh menghina sunnah sesuka hati!! -Rujuk tulisannya di sini.
~ tranungkite/
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.