Pelakon dan Penyampai Radio HOTFM Syarifah Aleya telah disahkan
bercerai dengan suami beliau Muhammad Ashraf Aasimudin di Mahkamah
Rendah Syariah Subang Bestari Shah Alam Selangor.
Aleya turut mengesahkan suaminya itu telah melafazkan cerai talak satu
dan menganggap penceraian ini berlaku akibat ketidakserasian antara
kedua-dua pihak. Namun mereka masih menjalin hubungan persahabatan dan
sentiasa berkomunikasi demi kebaikan anak-anak.
Aleya dan Muhammad telah bernikah pada 8 Disember 2007 dan dikurniakan
sepasang anak perempuan kembar, Aza Ameena dan Asha Ameena, yang
masing-masing berusia dua tahun setengah.
“Ya, kami sudah bercerai talak satu pada 29 Februari lalu. Saya tidak
boleh mengulas lanjut tentang perceraian kami. Doakan yang baik-baik
sahaja,” katanya sebagai berkata kepada media.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.