Followers

Friday, March 23, 2012

Dia Ni Dulu Pernah Jadi Driver Teksi Kini Penyamun Terhormat. La Dok Angan-Angan MB Pulak

 

Dimana ada Najib,disitu ada Noh. Dimana ada Noh, Najib belum tentu ada.Demikianlah hebatnya Noh Omar membodek Najib supaya ia terlantik jadi MB Selangor selepas PRU 13.Itu pun kiranya BN menang.

Noh Omar ingin jadi MB Selangor tetapi gerun bertanding di peringkat DUN.Tidak ada DUN selamat untuknya di Selangor

Noh Omar adalah Ahli Parlimen Tg Karang , Ketua UMNO Tg Karang merangkap Menteri Pertanaian Dan Industri Asas Tani. 


Selangor Kini keluaran awal Mac 2012 telah menyiarkan bagaimana tanah milik UMNO Tg Karang telah dijual kepada Syarikat Bukan Melayu. 


Kerajaan Negeri Selangor ketika dibawah pemerintah BN telah mengkurniakan sebidang tanah kepada Pertubuhan Kebangssan Melayu Bersatu,UMNO Tg Karang pada 17 Mac 2004. 


Lot tersebut adalah HSD 10440 PT 115 dengan keluasan 4370 meter persegi (lebih sedikit satu ekar) bersebelahan Dewan Dato’Hormat,Tg Karang. Di atas lot ini terletaknya mini dewan yang ditempatkan peralatan gimnasium milik MDKS. Dewan ini telah dijadikan bilik gerakan BN Tg Karang Peralatan gimnasium sekarang telah dipindahkan diluar kawasan MDKS. Kelihatannya UMNO lebih berkuasa dari MDKS walaupun MDKS diperintah PR. 


Dengan persetujuan UMNO Tg Karang tentunya dengan bayaran wang ringgit kepada UMNO dan Noh Omar, maka BUMI UTAMA BUILDING MATERIAL SDN BHD (BUBMSB) telah 

meng”kavet”kan lot ini dengan no 7558/2007 didaftar pada 1 Mac 2007 di Pejabat Tanah Dan Galian Selangor,Shah Alam 

Seterusnya dengan no kavet 36269/2007 pada 3 September 2007,syarikat BAYACORP SDN BHD pula meng”kavet” kan tanah tersebut di pejabat yang sama. 


Dalam masa 6 bulan tanah milik UMNO Tg Karang telah di kavet oleh 2 sama tapi tak serupa iaitu syarikat,BUBMSB dan BAYACORP. 


Meng”kavet” tanah ertinya tanah lot ini tidak boleh dijual kepada sesiapa walaupun oleh UMNO Tg Karang ingin menjual kepada pihak lain selagi pihak yang meng”kavet” tidak menarik balik “kavet” di Pejabat Tanah Dan Galian Selangor. 


Pemegang saham BUBMSB adalah Mohd Kifli bin Abu Samah sebanyak 60 saham dan Hamyzar bin Toha sebanyak 40 saham (ringgit). 


Sedangkan pengarah syarikat BUBMSB adalah Chia Mee Sim,Datin dan Lau Chuan Wei. Kedua-dua pengarah ini dilantik pada 15 Mac 2007 (setelah tanah di kavet) 


September 2007 tanah yang sama di kavet oleh Bayacorp. BUBMSB dan Bayacorp mempunyai pengarah yang sama.Mereka menjadi pengarah Bayacorp pada 16 Jun 2006. 


Pemegang saham Bayacorp adalah Chan Hei Yan Vivian Passport BC 225534, saham 149,999: Heng Meng Seng KP 731210-01-6035:saham 12,501: Chan Mei Peng: 1 (satu) saham dan Chen Sow May : 1 (satu) saham. 


Beginilah modes operandi UMNO menjual tanah milik Melayu kepada Bukan Melayu. Pertama seolah-olah tanah UMNO dibeli oleh syarikat Melayu ,BUBMSB (pemegang saham Melayu: Mohd Kifli dan Hamyzar tetapi pengarah Syarikat adalah Chia dan Lau). Kemudian tanah yang sama di kavet oleh Bayacorp,100% syarikat Cina. Malah salah seorang pemegang sahamnya iaitu Chan Hei Yan Vivian bukan warga Negara Malaysia ). 


UMNO Tg Karang yang berketuakan Noh Omar yang berangan-angan jadi MB Selangor menjualkan lagi tanah seluas 3 ekar di Jalan Sg Kajang,Tg Karang, berhampiran Kampus Universiti Kebangsaan Malaysia Caw.Tg Karang kepada syarikat Bukan Melayu. 


Pada 3 Ogos 2005 ,UMNO Tg Karang mendapat tanah dari Pejabat Tanah Kuala Selangor seluas 12100 meter persegi (kira-kira 3 ekar) Lot tersebut adalah HSD 15384 PT 303.

Pada 3 Ogos 3007,BUMI UTAMA CONSTRUCTIONS (BUC) telah meng”kavet” lot ini di Pejabat Tanah dan Galian Selangor dengan no 31412/2007. 


BUC dan BUBMSB mempunyai alamat sama iaitu 12-02,1st Floor,USJ 21/4 UEP Subang Jaya , 47630 Selangor ketika membuat kavet dipejabat tanah. 


Alamat Bayacorp ketika membuat kavet adalah Suite 2-6-12, 6th Floor Menara KLH,No 2 Jalan Kasipillai Off Jalan Ipoh,Kuala Lumpur.Alamat ini adalah alamat Daftar syarikat Bayacorp dan BUBMSB. Ketiga tiga syarikat ini sangat berkait rapat. 


Tanah 3 ekar HSD 15384 PT 303 adalah merupakan tanah yang direncanakan pada tahun 80an dahulu untuk dijadikan tanah tapak perkuburan penduduk Pekan Tg Karang seluas 8 ekar. Tetapi kerana kerakusan UMNO Tg Karang yang dipimpin Noh Omar,3 ekar telah jatuh kepada UMNO dan dijual kepada syarikat Bukan Melayu. 


Demikianlah cara UMNO Tg Karang memajukan tanah kurnia. UMNO kerjanya memohon tanah dan menjual kepada Bukan Melayu. 


Hati-hati jangan sampai Noh Omar menjadi MB Selangor. Tanah Tg Karang habis terjual dan jika jadi MB , negeri Selangor akan tergadai. 


Muharram.

1 comment:

  1. Puki babi sial noh omar ini le melayu yahudi tapi orang melayu tanjung karang semuanya bangang orang macam ini pun kau jadikan peminpin melayu hancur lah bangsa melayu jadi pelarian dibumi sendiri. Wahai melayu biul sedarlah diri ditipu dan ditindas olih umno bn yahudi.Ubah undilah ppakatan rakyat sebelum umno sial mengadai semua harta milik orang melayu ada faham .

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.