EKSKLUSIF
Malaysiakini telah mendapat maklumat bahawa bukti mengenai skandal
'Copgate' yang diminta oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin
Tun Hussein untuk memulakan siasatan terhadapnya, 'sudahpun ada'.
Sebahagian daripada maklumat ini adalah dalam bentuk surat bertarikh 12
September 2007, yang dihantar kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri
ketika itu, Datuk Johari Baharom oleh peguam bekas pengarah Jabatan
Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Ramli Yusuff.
Surat
itu menyebutkan tindakan Pejabat Peguam Negara dan Badan Pencegah
Rasuah (BPR) ketika itu yang membawa kepada terdedahnya identiti pemberi
maklumat polis yang telah membantu penangkapan penjenayah Johor, Goh
Cheng Poh @ Tengku Goh.
Hishammuddin
(kanan dalam gambar), dalam reaksinya kepada laporan Malaysiakini pada
hari Ahad, telah meminta bukti-bukti berhubung dakwaan wujudnya
pakatan di kalangan Ketua Polis Negara ketika itu, Tan sri Musa Hassan;
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Tengku Goh untuk menutup
satu siasatan mengenai rasuah.
Laporan
itu menyatakan bagaimana pemberi maklumat yang maklumatnya membawa
kepada penangkapan Tengku Goh pada tahun 2007 telah dipaksa untuk
membabitkan enam pegawai polis yang menyiasat kes itu.
Reaksi
Menteri Dalam Negeri pada hari Isnin lalu ialah: "Buktikan, buktikan.
Kalau mereka kemukakan buktikan, kita boleh ambil tindakan."
Surat dari peguam Ramli kepada Johari, Timbalan
Menteri Dalam Negeri ketika itu menyatakan bahawa berikutan
penangkapan Tengku Goh dan diletakkan di bawah 'kediaman terhad' di
Jeli, Kelantan, pada 8 Ogos 2007, maklumat telah dibocorkan kepada
beberapa organisasi media, yang melaporkan bahawa BPR sedang menyiasat
dakwaan salahguna kuasa dalam "penyiasatan, penangkapan, penahanan dan
pengeluaran perintah kediaman terhad" terhadap Tengku Goh.
Laporan berita itu juga mendakwa bahawa Tengku Goh telah dibersihkan.
Berikutan
laporan media itu, satu mesyuarat telah diadakan di Pejabat Peguam
Negara seminggu kemudian pada 15 ogos 2007, di mana yang hadir termasuk
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, bekas Timbalan Ketua Polis
negara, Datuk Mohd Najib Abdul Aziz, bekas ketua pendakwaan Mohd Yusof
Zainal Abiden dan Ramli.
Siasatan
yang membawa kepada penangkapan Tengku Goh telah dibincangkan dalam
mesyuarat itu dan telah ditegaskan bahawa identiti pemberi maklumat yang
membantu dalam penangkapan tersebut, mesti dirahsiakan.
Ramli
berhujah bahawa identiti pemberi maklumat polis tidak perlu didedahkan
kerana ia akan melanggar Perintah Tetap Ketua Polis Negara.
Apa
yang berlaku seterusnya ialah Ramli menerima arahan dari BPR bertarikh
20 Ogos 2007 mengkehendakinya menyerahkan fail kes asal, bersama-sama
dengan kenyataan pemberi maklumat dan identiti mereka.
Sabahkini
|
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.