Followers

Sunday, March 4, 2012

Bongkar!! Pondok Rondaan SRS Sebesar Ni Berharga RM75,000 ???


Pondok yang berharga RM75,000   
 
KUANTAN, 4 Mac - Hari ini, Menteri Besar Pahang Dato' Sri Adnan Yaakob dijangka akan hadir merasmikan pondok Skim Rondaan Sukarela (SRS) di Taman Yew Hong, Indera Mahkota dekat sini.


Difahamkan, pondok terbabit akan menjadi pusat operasi SRS di kawasan terbabit. Bangunan berkenaan telah pun siap dibina sejak beberapa bulan lalu. Namun, kini banyak persoalan yang timbul terhadap projek ini. Apa tidaknya, PDO mendapat maklumat pondok terbabit yang harganya sekitar RM5,000 hingga RM10,000 itu telah dibina dengan harga yang lebih tinggi iaitu mencecah RM75,000.


Maklumat telah disalurkan oleh beberapa orang ahli SRS dan KRT (Kawasan Rukun Tetangga) taman berkenaan. "Kami hairan, kenapa harga pondok tersebut boleh mencecah ke angka RM75,000?. Sedangkan ia hanya digunakan untuk kegiataan SRS sahaja.


Adalah lebih elok, peruntukan sebanyak itu diberika kepada KRT untuk jalankan berbagai aktiviti kemasyarakatan membabitkan penduduk setempat. Saya syak pasti ada orang dalam yang makan besar dengan projek ini", kata salah seorang daripada mereka.


Tinjauan kami ke lokasi petang semalam mendapati, pondok terbabit suidah tersergam indah di taman berkenaan dan menunggu masa untuk dirasmikan oleh MB Pahang. Melihat kepada reka bentuk bangunan pondok itu, ternyata harganya amatlah tidak munasabah sekali.


Namun, PDO akan mendapatkan maklumat lanjut untuk menyiasat isu ini. Jika benar dakwaan tersebut maka sahlah ada pihak yang kaut untung dengan projek ini. Namun, apakah mereka itu dari kalangan pemimpin pembangkang?

Sudah pasti tidak, kerana ia merupakan projek kerajaan UMNO BN. Maka, siapakah mereka yang terlibat itu agaknya? ~pahangdaily

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.