Menteri harap GST dilaksana lepas PRU
Menteri
di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala berkata, beliau
berharap kerajaan mampu melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan
(GST) selepas pilihan raya umum dan mengajak Pakatan Rakyat bekerjasama
dengan BN untuk memastikan kejayaan dasar itu.
"Harapnya
(mereka setuju dilaksanakan selepas pilihan raya umum)... Saya percaya
kedua-dua pihak BN dan Pakatan bekerjasama dalam perkara yang sangat
penting kepada negara," katanya.
Beliau
menjawab soalan sama ada kerajaan akan melaksanakan dasar kontroversi
itu selepas pilihan raya umum akan datang, dalam majlis bersama anggota
Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia hari ini.
Walaupun
pilihan raya dijangka berlangsung Mei atau Jun, Idris berkata beliau
tidak menjangkakan GST akan diperkenalkan sebelum akhir tahun ini.
"Kamu
kena tanya perdana menteri. Beliau menteri kewangan tetapi saya tidak
rasa ia akan berlaku sekarang. Seperti saya pernah sebutkan, ia
memerlukan masa yang panjang untuk dilaksanakan, sekurang-kurangnya
setahun (daripada tarikh diumumkan)," katanya.
"Tetapi
saya percaya terdapat banyak sebab untuk negara kita melaksanakannya.
Ini menunjukkan kenapa 143 negara sudah melaksanakan GST. Mk
Tambahan 10 sen untuk subsidi petrol RON95
Kerajaan
menaikkan subsidi untuk petrol RON95 sebanyak 10 sen pada bulan ini -
kepada RM1.03 seliter - ekoran kenaikan harga minyak dunia.
Menurut
The Star hari ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan,
Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata harga RON95 kekal pada RM1.90 seliter.
Kali terakhir kerajaan menyemak harga RON95 - dari RM1.85 kepada RM1.90 seliter - ialah pada bulan Disember 2010.
Sementara
itu Bernama memetik Ismail berkata, kerajaan tidak bercadang untuk
menaikkan harga minyak walaupun harga bahan itu di pasaran dunia semakin
meningkat.
Katanya
kerajaan akan terus menanggung jumlah subsidi yang bertambah bagi
memastikan beban rakyat berkurangan ekoran peningkatan harga barangan
susulan kenaikan harga minyak dunia tersebut.
"Subsidi kita memang bertambah, dah jadi 93 sen setakat hari ini," katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.
Ismail
Sabri berkata pengurangan subsidi juga hanya akan menyebabkan kenaikan
harga barangan lain yang tiada kaitan secara langsung dengan minyak.
"Ini
kerana bila kos pengangkutan meningkat akibat kenaikan minyak, maka
pengguna yang akan menerima bebanan tersebut," katanya yang ditemui
selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian.
Beliau
berkata setakat ini beberapa negara di rantau Asia seperti China dan
Indonesia sudah menaikkan harga minyak masing-masing ekoran harga bahan
api yang melambung.
Semalam
dilaporkan harga minyak diniagakan di bawah paras US$125 setong
berikutan kebimbangan terhadap kestabilan kewangan di zon Euro selain
sesetengah negara memberhentikan pembelian dari Iran bagi mengelakkkan
sekatan pihak Barat.
Dalam
sidang media itu Ismail Sabri turut mengumumkan program Anugerah Kedai
Harga Patut kini dikenali sebagai Anugerah Kedai Pilihan Rakyat
1Malaysia yang turut disertai penambahbaikan termasuk pencalonan oleh
pengguna.
Sebanyak enam kategori dipertandingkan iaitu barangan pengguna, makanan, ketrampilan, gajet, informasi dan pasar raya.
"Bagi
menentukan pemenang dulu kita bergantung kepada pemilihan juri, tetapi
sekarang ini kita buat macam Akademik Fantasia, 50 peratus markah
ditentukan oleh juri dan 50 peratus markah lagi ditentukan oleh orang
ramai. Baru kedai ini benar-benar merupakan kedai pilihan orang ramai,"
katanya.
Pekedai
dan orang ramai boleh membuat pendaftaran dan pencalonan dalam talian
mulai hari ini manakala bagi pengundian secara talian akan dibuat pada
24 April.
"Program
ini baik untuk pengguna sebab melalui pertandingan ini peniaga dapat
memperbaiki perkhidmatan dengan menawarkan harga yang istimewa kepada
pengguna," katanya. Mk
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.