Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali hari ini menjangkakan
Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses
Pilihan Raya akan mengemukakan usul kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat
pada 2 April nanti untuk dibahaskan.
Jelasnya, usul yang akan dikemukakan itu akan dihantar setelah
keputusan mesyuarat jawatankuasa yang diadakan esok (Selasa) dan juga
Khamis ini memdapat persetujuan segala cadangan yang telah diperolehi
melalui pendengaran awam mahupun kajian yang dilakukan sepanjang proses
pendengaran awam PSC sebelum ini.
“Esok kita adakan satu mesyuarat jawatankuasa untuk meneliti draf awal bagi tujuan perbentangan di dalam Dewan Rakyat nanti.
“Semua jawatankuasa kecil akan mengemukakan cadangan-cadangan dan
kemudiannya kita akan memperhalusi laporan tersebut pada mesyuarat
terakhir Khamis ini,” jelasnya ketika ditemui selepas perasmian
pembukaan Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor yang Kedua Belas.
Namun menurutnya lagi, beliau telah membangkitkan beberapa kali di
dalam mesyuarat bahawa Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC)
Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya yang dianggotai oleh
sembilan Ahli Parlimen tidak ada kuasa untuk tentukan apakah
langkah-langkah yang perlu dilaksanakan dalam proses penambahbaikan ini.
“Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk meneliti maklumbalas
daripada rakyat dan juga Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan kami hanya
membentangkan kepada Dewan Rakyat untuk perbahasan setelah mendapat
persetujuan dari Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
“Jesteru itu saya telah mendesak Pengerusi Jawatankuasa supaya tidak
memilih hanya tajuk-tajuk tertentu sahaja, jawatankuasa ini
bertanggungjawab untuk kemukakan semua pandangan yang telah diberikan
oleh rakyat melalui pendengaran awam.
“Yang mana kita persetujui bersama akan diutarakan dan kalau ada
perkara yang tidak dipersetujui bersama, maka kita telah bersetuju ia
perlu dimasukkan dalam minoriti report,” jelasnya kepada Keadilankini.
Tambah Azmin, ini bermakna setiap pandangan itu perlu dimuat dalam
laporan terakhir untuk dibentang di dalam parllimen dan ia akan
diserahkan kepada Dewan Rakyat untuk diputuskan.
“Bukan tanggungjawab jawatankuasa yang menentukan, kita tidak mahu
seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri dua hari yang lalu telah
umumkan pembentukan PSC bagi isu Lynas, tetapi pandangan PSC tidak akan
diambil kira.
“Apa makna dan ini merupakan satu permainan sendiwara kerajaan
Umno-Barisan Nasional, dan saya mengambil satu sikap dan pendirian yang
keras dalam jawatankuasa mendesak setiap maklum balas yang diterima dari
rakyat mahupun NGO mesti disiapkan dalam laporan,” sambung Ahli
Parlimen Gombak itu lagi.
Azmin mengulangi kalau ada perkara yang dipersetujui bersama ia akan
dikemukakan dalam laporan terakhir tetapi jika sebaliknya ia mesti
diletakkan dalam benyuk minoriti report untuk perbahasan dalam Dewan
Rakyat nanti.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.