SHAH ALAM, 18 MAC: Kerajaan terpaksa menanggung kerugian besar dalam
melaksanakan Projek Lebuh Raya Pantai Timur apabila beberapa keputusan
yang dibuat tidak mematuhi garis panduan yang ditetapkan.
Menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika
menyampaikan ucapan Menjunjung Titah Diraja di Dewan Parlimen baru-baru
ini, kerugian tersebut berlaku disebabkan terdapat beberapa kontraktor
yang sepatutnya disenarai hitamkan dari mendapat tender telah diberikan
tender oleh kerajaan.
“Jadi maknanya ada suatu pakatan kerjasama. Sepatutnya, yang saya
tahu financial prosedur itu jelas, mana-mana syarikat yang gagal maka
semua anak syarikat itu dikecualikan daripada mendapat tender semula.
“Akan tetapi ini diberikan pengecualian, pakej kelapan, anugerah kepada
Arah Jitu RM80 juta, mansuh November 2009.“Kemudian, ditender semula,
berikan pula kepada Arah Jitu, harga RM76 juta.
“Ini kontrak apa sebegini? Ia gagal, kita anugerahkan semula. Jadi,
kontraktor yang gagal untuk melaksanakan dua pakej; 8B dan 9B, dipilih
semula dengan harga yang jauh lebih tinggi,” ujar beliau.
Anwar turut memberitahu dewan bahawa Kerajaan juga didapati tidak
menuntut kembali bayaran yang telah dibayar kerajaan kepada
syarikat-syarikat yang gagal menyiapkan projek yang diberikan kepada
mereka.
“Ini saya tekankan kerana kontrak 1A, pakej 1A bernilai RM41.86 juta
dianugerahkan kepada Ascent Vest Sdn Bhd, dimansuhkan pada April 2010
setelah membayar RM27.2 juta.
“Ditender semula, dianugerahkan kepada Q-Bena dengan harga RM31.1
juta dengan tambahan dana. Kontraktor pertama patut bayar ganti
rugi.“Pakej keempat dianugerahkan kepada Kobena Corporation harga RM61
juta, gagal lagi siap dan diberikan kepada syarikat baru, pakej ketiga.
“Yang hendak saya tekankan pakej keempat ini tadi ialah setelah gagal
syarikat ini diberi pula kepada anak syarikat yang sama, anak syarikat
kepada syarikat induk yang sama,” katanya lagi.
Sebelum ini beberapa media tempatan melaporkan pembinaan Projek Lebuh
Raya Pantai Timur ini telah mengalami kelewatan dari jadual kerja
disebabkan kegagalan beberapa kontraktor yang dianugerahkan projek ini
menyiapkan kerja-kerja mereka.
Malah beberapa media siber turut melaporkan aliran air Sungai Bagus,
Terengganu turut dilencongkan bagi membolehkan aliran air mengalir di
bawah jambatan yang dibina di atas daratan sebelumnya.
Selain itu, kos pembinaan proejek ini juga meningkat kepada RM210
Juta dengan tambahan RM70 Juta dari harga asal iaitu RM174 Juta.TVS
Demi Allah, Aku Akan Bunuh Sesiapa Yang Jadi Perdana Menteri Malaysia Ke-7 Kecuali Generasi Muda Terengganu Sahaja
ReplyDelete1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
4 ~ http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3155
Generasi Muda Wajib Menghancurkan BN dan UMNO Setimpal Dengan Kekejaman Terhadap Generasi Muda Yang Jelas Lagi Nyata
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=31913&postdays=0&postorder=asc&start=0
2 ~ http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=65445
3 ~ http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=639811
4 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22139#486542
5 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28011.html
6 ~ http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3151
7 ~ http://www.ehoza.com/v4/forum/forumdisplay.php?270-Isu-Semasa-2011&s=63a289413c17d2b7384748ad617318aa