Kalau sebelum ADUN Rim yang juga timbalan Pengerusi J/kuasa Hal Ehwal Agama Islam Melaka ditangkap polis di kelab malam,, kini petugas majlis agama Islam pula.....
Melayu,melayu.....
Petugas Majlis Agama Islam Melaka didakwa minta rasuah seks
5:30PM Mac 27, 2012
Seorang
pekerja rendah am Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dihadapkan ke
Mahkamah Sesyen Melaka atas dua pertuduhan rasuah iaitu meminta suapan
wang dan perkhidmatan seks daripada seorang wanita bagi menyelesaikan satu kes khalwat, dua tahun lepas.
Zullias
Rasid Manan, 36, dari Jalan Tun Kudu, Bukit Katil, bagaimanapun mengaku
tidak bersalah ketika kedua-dua pertuduhan dibacakan di depan Hakim
Ahmad Sazali Omar.
Mahkamah
membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM16,000 dengan seorang
penjamin dan menetapkan 27 April depan untuk sebutan semula kes.
Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa meminta RM1,500
daripada Siti Aishah Mohd Yusoff sebagai upah untuk menyelesaikan kes
di bawah Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 di Dataran
Pahlawan, Bandar Hilir pada kira-kira jam 6.30 petang, 10 Januari 2010.
Bagi pertuduhan kedua, Zullias didakwa meminta perkhidmatan seks daripada Siti Aishah di bilik nombor 225, Coastal Park, Hotel Ujung Pasir pada kira-kira jam 1.15 petang 13 Februari 2010.
Dia
didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama
yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai
suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.
Pendakwaan
dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammed Heikal Ismail dan Mohd
Sa'ad Shukor dari SPRM manakala Zullias tidak diwakili peguam.
- Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.