Uploaded by MPPAS2010 on Mar 20, 2012
19 March 2012 - Soalan Tambahan - Kerugian Proton & MAS - PKR Machang
Tuan Saifuddin Nasution Ismail [Machang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang
Berhormat Menteri, terima kasih atas penjelasan. Pertanyaan orang biasa Yang Berhormat Menteri ialah ketika Khazanah menjual pegangannya kepada DRB-Hicom itu dijual pada harga RM5.50 sen satu saham.

Kita masih ingat
pada masa Khazanah mula-mula membeli saham Proton, itu dibeli daripada
nilai RM8 satu saham. Pada masa Khazanah menjual kepada DRB-Hicom dengan
harga RM5.50 sen, penganalisis pasaran menganggap book value Proton itu
berada pada paras RM9.81 sen.
Jadi pada perkiraan biasa, apakah pelupusan pegangan saham Khazanah dalam Proton kepada DRB ini menyebabkan kerugian kepada Khazanah? Itu soalan saya yang pertama. Soalan saya yang kedua, lanjutan daripada itu Yang Berhormat Menteri ialah, bolehkah Yang Berhormat Menteri terangkan pula logik dan alasannya itu?
Saya singkap balik kepada pembelian kembali saham MAS oleh kerajaan yang bertujuan
menyelamatkan Tajudin Ramli pada waktu itu. Nilai yang dikira pada masa itu ialah lebih kurang RM4 satu saham MAS, tetapi kerajaan bayar dengan harga RM8 satu saham. Jadi ini memberikan semacam satu paradoks. Kedua-duanya industri strategik negara.

Satu industri automobil dan satu lagi
industripenerbangan. Akan tetapi sering kali waktu kita melepaskan
kepada pihak swasta, kita jual dengan harga murah, tetapi kalau kerajaan
terpaksa beli balik, kita terpaksa bayar dengan harga yang mahal.
Bolehkah Yang Berhormat Menteri terangkan keadaan ini untuk makluman
Dewan dan rakyat terbanyak.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.