Katanya,
serangan terhadapnya oleh lelaki dalam ceramah Pakatan Rakyat di Felda
Lepar Hilir I pada malam itu hampir-hampir mengenainya
“Ia hanya beberapa inci (hampir mengenai), kamu pasti tidak mahu ukur, ia sangat tidak menyenangkan,” kata Nurul Izzah, dipetik Malaysia Kini.
Menurutnya
lagi, penyerang yang memakai baju merah perlahan-lahan memasuki tempat
ceramah di sebuah kedai kopi sebelum melancarkan serangan.
Bercakap
kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Petaling Jaya hari
ini, Nurul Izzah berkata sekiranya tiada penyokong yang menahannya,
beliau pasti menerima nasib seperti Anwar yang dipukul menjelang
perbicaraan kes liwat pertamanya lebih 10 tahun lalu.
Nurul
Izzah mendedahkan, polis tempatan berjaya mengenali identiti penyerang
itu sebagai Asrullah Affendi Abdullah. Bagaimanapun, maklumat lain
masih belum diketahui setakat ini.
Nurul Izzah turut menunjukkan kepada pemberita beberapa keping gambar ketika kejadian bagi menyokong dakwaannya.
Dalam
perkembangan berkaitan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin didesak
memberi penjelasan berhubung provokasi melampau yang dilakukan samseng
Umno di Felda Lepar Hilir, Gambang, Kuantan malam semalam.
“Kita minta Khairy beri penjelasan sebab budak-budak ini memang penyokong Umno kerana mereka membawa bendera Umno dan BN.
“Mereka
hafal lagu Umno dan menyanyikannya dalam provokasi malam itu,” katanya
pada sidang media selepas membuat laporan di balai polis Merchant
Square, Petaling Jaya hari ini.Keadilandaily
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.