SHAH ALAM
1 FEB : Kerajaan Selangor menawarkan ganjaran RM10 ribu kepada
mana-mana individu yang menyalurkan maklumat sahih sehingga
tertangkapnya individu yang bertanggungjawab meletakkan kepala babi di
Masjid Nurul Iman, Rawang, semalam.
Exco Selangor, Rodziah Ismail
berkata inisiatif ini adalah bertujuan menangkap pesalah sebenar
sebelum ia menjadi isu sensitif seperti yang berlaku sebelum ini.
"Malangnya
insiden sebelum ini tiada sebarang tangkapan yang dibuat, mungkin
dengan usaha dan tanggungjawab daripada orang awam mampu membantu
siasatan polis sekaligus membawa pesalah kehadapan dengan
cepat,"katanya dalam satu sidang media sejurus selepas Mesyuarat Majlis
Kerajaan Negeri hari ini.
Beliau menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi talian 1-800-888-2824.
Pagi
semalam, anak kariah Masjid Nurul Iman di Batu 18 Rawang dikejutkan
dengan penemuan satu kepala
babi di pintu masuk utama masjid itu.
Kejadian yang dilaporkan seawal jam lima pagi itu hanya disedari apabila ahli jawatankuasa masjid membuka pintu pagar utama.
Pihak polis bagaimana pun tiba di lokasi pada jam 7.30 pagi.
Sebelum
ini, Masjid Al-Falah di Taman Desa Jaya, Johor Bharu digemparkan
dengan penemuan empat kepada babi di pagar belakang masjid manakala
selebihnya ditemui di perkarangan luar pintu masuk masjid keesokkan
harinya oleh jemaah yang ingin menunaikan solat subuh.
TVS
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.