Followers

Thursday, February 16, 2012

[ Video ] Israel : DS Anwar Mengulas Teguran Tok Guru Nik Aziz

 
SUBANG JAYA: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan teguran Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat mengenai isu Palestin ketika beliau diwawancara oleh Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini sebagai satu teguran yang penuh hikmah.

“Berbeza jika dibandingkan dengan sikap pemimpin Umno-Barisan Nasional yang mengambil kesempatan dan gemar menabur fitnah dan memutar belit fakta kenyataan saya untuk memberi gambaran seolah-olah saya menentang aspirasi rakyat Palestin.

Ketua Pembangkang itu berkata demikian ketika ditemui media selepas pertemuan dengan warga Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di sini pagi ini. Beliau akan menemui Nik Aziz dalam masa terdekat.

Anwar yang baru pulang dari Bangkok semalam menjelaskan, “isu Palestin ini berbeda kerana ia melibatkan percaturan politik antarabangsa. Mereka tidak akan siarkan pertemuan (mantan perdana menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad dengan para pemimpin Israel.



“Begitu juga mereka tidak akan siarkan berita mengenai pertemuan di antara Menteri Luar Malaysia dengan Menteri Luar Israel. Itu tidak akan diceritakan oleh Umno dan mereka tidak jujur untuk mendedahkan fakta ini,” katanya.

Anwar memberitahu ketika pertemuannya dengan pemimpin Hamas, Khalid Marshal dalam lawatannya ke Timur Tengah baru-baru ini, beliau telah menjelaskan isu ini dengan panjang lebar.

Nik Aziz dalam kenyataan kelmarin mahu Anwar menarik balik kenyataannya yang menyokong usaha melindungi keselamatan Israel seperti yang dilaporkan WSJ ataupun menyaman majalah itu jika laporan berkenaan adalah tidak benar.

Beliau berkata, gesaan itu dibuat selepas dipersetujui sebulat suara oleh Majlis Syura Ulama PAS yang juga selari dengan pendirian parti itu supaya tidak mengiktiraf negara Israel.

Anwar dalam temubual bersama WSJ antara lain berkata, beliau menyokong segala usaha untuk menjamin keselamatan Israel sekali gus, mengundang kecaman daripada pelbagai pihak.

Namun Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, pandangannya selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab yang berteraskan penyelesaian dua negara.FMT


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.