Followers

Saturday, February 4, 2012

Video baru Datuk T membosankan....

 

Video baru Datuk T membosankan....

Walaupun disiarkan di muka depan akhbar UMNO, Utusan, video seks sambungan Datuk T agak membosankan ramai. 

Ini menunjukkan betapa rendahnya keyakinan rakyat terhadap PM Najib Razak dan partinya yang telah dipersalahkan kerana membawa politik Malaysia ke tahap yang lebih kotor

“Semua orang sudah bosan dengan permainan ini. Rakyat tidak sebodoh yang disangka. Rakyat juga tahu kebolehan PM Anwar berbanding PM Najib. 

Mereka akan membuat perhitungan di kotak undi kelak. Anwar tetap mempunyai harapan cerah walaupun Trio DAtuk T menyiarkan video seks bebeza setiap malam,”Ahli Parlimen Batu, Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.

Datuk T – Memalukan UMNO atau wira mereka?


Mereka mencabar Anwar menyaman mereka untuk fitnah dan amaran mereka adalah mereka akan menimbulkan kekecohan dengan mendapatkan kebenaran mahkamah menayangkan video itu di mahkamah. Ancaman ini langsung tidak menakutkan Anwar.

Hanya minggu lepas, pemimpin pembangkang itu telah mengemukakan saman fitnah RM150 juta terhadap Utusan dan selepas berbincang dengan peguam beliau, tidak mustahil Anwar akan mengambil langkah paling berani terhadap yang menuduh beliau.

Kepada ramai ahli UMNO, Trio Datuk T sangat memalukan tetapi tidak kepada kepimpinan UMNO. Trio ini terdiri daripada Rahim Thamby Chik, bekas Menteri Besar Melaka, bekas bendahari Perkasa, Shuib Lazim dan bekas konsulat Thailand Shazryl Eskay Abdullah.

Kesemua mereka telah dijanjikan kerusi untuk bertanding sekiranya helah pertama mereka berjaya. Tahun lepas, trio ini mengejutkan rakyat dengan menayangkan video memaparkan seorang lelaki yang mereka dakwa sebagai Anwar Ibrahim melakukan hubungan seks dengan seorang pekerja wanita.

Video itu timbul setelah DUN Sarawak dibubarkan untuk memberi laluan kepada pilihanraya negeri. Sungguhpun begitu, PKR tetap memenangi 3 kerusi sementara rakan mereka DAP menang 12.

Ia bagaimanapun tidak menguntungkan UMNO dan blogger yang mereka bayar untuk menyemarakkan lagi cerita itu.

Sebuah kerusi bertanding untuk setiap orang ahli Trio Datuk T


Dalam helah yang dilancarkan pada 2011 untuk menjatuhkan Anwar dan Pakatan, Shazryl dan Rahim memainkan peranan penting dalam menarik minat media. 

Walaubagaimanapun, selepas pita itu gagal menarik minat tetapi hanya kebencian rakyat, kedua-dua lelaki ini menyepikan diri. Sumber dari dalam UMNO memberitahu bahawa Rahim masih mengharapkan sebuah kerusi untuk bertanding pada PRU 13.

Dalam ‘sequel’ terbaru, peranan diserahkan kepada Shuib Lazim, ayah mertua Menteri Pembangunan Luar Bandar; Shafie Apdal.

“Ketiga-tiga lelaki ini ingat mereka boleh jadi seperti Loh Gwo Burne dari PKR yang mendapat nama selepas mendedahkan rakaman Lingam yang mengatur hakim di Malaysia. Tetapi mereka membuat kesilapan besar. 

Bodohla si Rahim kalau dia fikir Najib akan beri kepadanya satu kerusi. 

Kesemua kerusi boleh menang sangat berharga untuk UMNO dan ia tidak boleh diberi kepada sesiapa sahaja,” ujar sumber dalam UMNO itu kepada Malaysia Chronicle.

“Lagipun, apa yang Rahim dah buat untuk UMNO untuk melayakkan dia dapat kerusi tersebut? Sekiranya Najib mengalah, ia menunjukkan Rahim memberi tekanan kepada beliau dan ini juga menunjukkan kebodohan Najib berfikir dengan jelas untuk masa depan. 

Najib sering menjerat dirinya dalam ugutan politik disebabkan helah bodoh diri sendiri. Satu demi satu akan timbul dan mereka akan berkeras meminta bahagian mereka dan jika Najib mengalah, dia akan mengambil daripada yang berhak. Akhirnya, UMNO akan menjadi parti yang hancur dengan barisan calon yang kotor, lihat saja nanti!”

Malaysia Chronicle tidak dapat menghubungi Rahim yang juga pengerusi RISDA. Pada muka depan Utusan, Shuib mengatakan bahawa sebuah pita video seks telah dirakam pada 12 dan 13 Januari tahun lepas di Thailand.

“Saya dah tengok video ini yang diberi oleh Eskay kepada saya. Saya rasa Eskay dah sedia untuk mendedahkan video ini sekiranya Anwar menyaman kita. Lihat pada passport Anwar dan semak dia pergi mana masa tu. Atau tanya isteri dia Dr Wan Azizah Wan Ismail,” Shuib dilaporkan berkata.

Rumah Zoo


Utusan juga mencabar Anwar untuk mendapatkan khidmat pakar video kalau beliau maha untuk membuktikan lelaki dalam rakaman itu bukan beliau. Anwar sudahpun menyangkal dakwaan itu dan membuat laporan polis.

Mahkamah sebelum ini telah menjatuhkan hukuman bersalah keatas trio Datuk T yang menayangkan pornografi di tempat awam dan mengenakan sedikit denda kepada mereka. Walaubagaimanapun, polis yang didakwa bersekongkol dengan Najib masih lagi sedang menyiasat Anwar dibawah Seksyen 182 kanun keseksaan kerana memberi maklumat palsu yang bertujuan menyakitkan pihak lain dengan menyangkal bahawa beliau adalah orang dalam rakaman itu.

Tidak ramai rakyat yang percaya bahawa Najib tidak akan menggunakan politik kotor untuk kekal berkuasa. Pentadbiran beliau sudahpun merayu keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar daripada pertuduhan liwat.

“Siapa yang tidak akan terkejut jika polis boleh dapatkan jam Omega itu dan menuduh Anwar untuk satu lagi pertuduhan palsu? Jadi, pita seks apa pula yang Shuib bawa ini? Dia cuma mahu beri publisiti negatif terhadap Anwar tetapi rakyat sudah mula jemu dengan taktik seks UMNO. Ini akan merosakkan mereka bukan Anwar atau Pakatan. 

Daripada perjumpaan kami, saya yakin orang Melayu tidak gembira dengan cara UMNO menggunakan taktik kotor untuk dapatkan undi dan ini berita baik untuk kami,” ujar timbalan presiden PKR Chua Jui Meng kepada Malaysia Chronicle.

“Yang penting adalah reaksi seluruh dunia semasa Anwar dibebaskan daripada tuduhan Liwat II. Reaksi spontan diseluruh dunia itu adalah pembuka mata kepada rakyat Malaysia. Rakyat sudah tahu bahawa dunia percaya Najib dan UMNO cuba memfitnah Anwar. 

Juga jelas kepada kerajaan di negara lain bahawa Anwar adalah calon terbaik untuk menjadi Perdana Menteri dan mereka harap Anwar akan berjaya kerana situasi agak kritikal. Malaysia sedang jatuh dan jika dibiarkan negara dimanupulasi oleh Najib dan orang-orang seperti Datuk T, situasi akan menjadi lebih teruk dan negara akan menjadi seperi zoo.


Malaysia Chronicle

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.