Followers

Sunday, February 19, 2012

Umno-APCO Guna Ulama Kangkong Tepis Serangan Pakatan Rakyat!

 

Sejak dari dulu lagi, golongan yang paling akhir diambil perhatian Umno-APCO adalah ulama kangkong yang makan gaji dengan KERAjaan yang makin lama makin sasau.

Ambil contoh bagaimana Mufti Perak, Harussani Zakaria digunakan Najib Altantuya untuk menepis hujah Pakatan Rakyat soal kehadiran ke sambutan Thaipusam walaupun sudah tiga kali berturut-turut berbuat demikian tanpa teguran.


Malah, setelah media pencacai dilihat gagal meyakinkan orang Islam, Umno-APCO kini mencari jalan terakhir yang nampaknya sudah mula terdesak kehilangan sokongan dek penangan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang melibatkan seorang menteri beragama Islam.


Apakah selama ini ruang untuk ulama bersuara disekat malah dinafikan kepentingannya?


Hanya yang dilihat mampu mengampu KERAjaan Umno-APCO akan diberi kesempatan seluas-luanya untuk menghentam Pakatan Rakyat walaupun hakikatnya mereka sendiri pun belum mengerti akan perbezaan dua sambutan yang berbeza.


Ambil contoh bagaimana Mohd Asri Zainul Abidin terang-terang mempertahankan Najib Altantuya dan menyerang Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim kununnya akidah dan pegangannya sudah tergelincir (klik
DI SINI ).

Persoalannya, apakah Asri tahu perbezaan antara sambutan Thaipusam (perayaan keagamaan) dengan Ponggal (perayaan budaya)?


Thaipusam secara terang-terang adalah merupakan perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu di seluruh dunia
bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam.

Perayaan ini dirayakan pada bulan 'Thai' bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil. Pada hari Thaipusam, bulan penuh melintasi bintang terang, Pusam dalam zodiak Cancer.


Manakala sambutan Ponggal yang bermaksud festival menuai hanya dirayakan oleh penduduk (baca: petani) di Tamil Nadu dan Andra Pradesh, India.


Bagaimanapun, keadaannya agak berbeza kini kerana Ponggal disambut oleh hampir semua penduduk kaum India tanpa mengira keturunan dan batas geografi.


Ponggal diakui adalah “Pesta Menuai” dan disambut pada permulaan bulan Thai mengikut kalendar Tamil. Malah, di Tamil Nadu, Ponggal adalah jauh lebih penting dan meriah berbanding Diwali.


Nah, apakah Asri dan Fathul Bari Mat Jaya benar-benar memahami kedua-dua sambutan tersebut atau hanya sekadar menyambung fitnah yang dilempar blogger Umno-APCO yang juga tidak faham-faham?


Jangan ingat dengan gelaran Dr atau Datuk semuanya yang keluar dari mulut kita benar belaka!


JALAN PULANG

Ulama, cendekiawan Islam perlu tangkis fitnah di alam maya

Golongan ulama dan cendekiawan Islam perlu membantu dengan menyuarakan pandangan serta nasihat bagi menangkis fitnah tidak bertanggungjawab mengenai kerajaan dan Islam.


Pensyarah Institut Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Profesor Datuk Dr Sidek Baba berkata kelantangan golongan itu dapat membantu dalam menangkis fitnah yang ditujukan kepada kerajaan.


“Sejak zaman kerajaan Islam Andalusia lagi, kita lihat hubungan antara ulama dan umara amat baik. Melalui hubungan ini juga, ulama perlu berikan pandangan dan nasihat supaya kerajaan dapat berjalan dengan baik.


“Kini kita berdepan dengan dimensi maya di mana fitnah dilakukan dalam dimensi ini, terutama oleh generasi muda, jadi ulama perlu mendekati golongan ini dengan kasih sayang, tegur dengan bijaksana, dan kritik dengan adab,” katanya kepada Bernama pada majlis Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012 di sini hari ini.


Beliau berkata ulama dan cendekiawan Islam juga perlu bersikap terbuka kepada penulis maya kerana mereka berpotensi sebagai pembina negara suatu hari nanti.


“Jangan kita bersikap menghentam kepada mereka, kita mahu mendidik generasi ini supaya mempunyai daya berfikir yang baik. Jika tidak, anak muda kita akan tersalah arah dan sebabkan kekacauan dalam sistem bina negara,” katanya.

Sikap proaktif

Sementara itu, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berkata fitnah serta tuduhan melulu akan berlaku apabila sesuatu penulisan tidak menumpu kepada fakta atau merujuk kepada pakar dalam bidang yang berkenaan.


“Ulama dan cendekiawan Islam perlu bersikat proaktif memberikan pandangan benar mengenai sesuatu isu dalam sesebuah penulisan.


Golongan ini tidak akan memihak kepada mana-mana pihak, hanya kepada kebenaran.


“Bila fitnah ini dapat dihapuskan, kebaikan masyarakat dapat disuburkan. Jadi, semua pihak mesti berganding bahu, ulama bersikap proaktif dan penulis maya berhubung seramai mungkin ulama sebagai rujukan,” katanya.


Bagi Felo Universiti Oxford, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, gabungan mantap antara ulama-cendekiawan Islam dan penulis maya adalah perlu dalam memastikan penulisan yang dihasilkan bermutu serta menyumbang kepada pembangunan negara.


Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno Fathul Bari Mat Jahaya berkata ulama dan cendekiawan Islam perlu memainkan peranan dalam memperincikan maklumat yang disampaikan kepada rakyat.


“Ada dua konsep penting dalam perincian ini, iaitu tabayyun dan tasabbut. Tasabbut bererti kita pastikan berita itu benar atau tidak, manakala tabayyun (sama ada) berita itu sesuai atau tidak disampaikan kepada orang iaitu atas segi niat, tujuan atau persekitarannya.


“Maka ulama perlu memainkan peranan dalam menentukan tabayyun dan tasabbut dalam sesuatu isu supaya isu itu dapat diperjelaskan dengan baik tanpa pengaruh fitnah,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.