Wally Bandits's photo
1964
: Mahathir dilatih oleh CIA selama beberapa bulan di Harvard, Amerika
Syarikat dalam seminar anjuran Asia Foundation oleh Dr. Henry Kissinger,
Setiausaha Negara Amerika dan pakar strategi Yahudi. Hubungan Mahathir
sangat akrab dengan Kissinger lebih-lebih lagi sejak beliau berjaya
dilantik sebagai Perdana Menteri/Presiden
UMNO (pada 16 Julai 1981) sehingga sekarang.
Bahkan perlantikan 'luar
biasa' Dr. Mahathir ke jawatan TPM oleh Dato' Hussein Onn pada Mac 1976
juga menimbulkan pelbagai tandatanya. Sebelum itu, ketika berkrisis
dengan Tunku Abdul Rahman dahulu dan kerana takut ditangkap, Mahathir
melarikan diri ke Thailand dan kemudiannya mendapat perlindungan 'asing'
di Australia. Dr. Mahathir bekerja di sana di samping menulis dalam
akhbar luar negeri mengecam Tunku. Mahathir hanya kembali setelah Tun
Razak jadi PM.
Dengan strategi licik pihak-pihak tertentu (termasuk
mereka yang dikaitkan dengan agen perisikan asing) akhirnya Tun Razak
terpedaya untuk menerima semula Mahathir dan memberikan tempat kepadanya
dalam Kerajaan walaupun sudah diingatkan oleh orang-orang yang
mengetahui identiti sebenar Mahathir.
Ajal telah menghalang Tun Razak
dari bertindak terhadap Mahathir setelah beliau menyedari kesilapannya
kerana terpedaya dengan perancangan licik Mahathir untuk menguasai UMNO
dan Kerajaan. 10 September 1982: Mahathir bercakap panjang lebar
menafikan beliau dan Setiausaha Politiknya adalah ahli dan penyokong
gerakan sulit Yahudi iaitu Freemason.
Ini juga merupakan ucapan dasar
sulung Mahathir di Perhimpunan Agung UMNO ke-33 selaku Presiden.
Dikatakan bahawa ahli Freemason telah menjadi pekerja sukarela
pilihanraya UMNO sejak 1974 lagi. Pertubuhan Freemason di Malaysia
adalah didaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966.
Pada tahun 1977 ia
mempunyai 55 perkumpulan (lodges) dan 2,984 ahli. Malah ketika menjawab
soalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz (PAS-Pengkalan Chepa) di parlimen pada
25 Oktober 1978, Datuk Husein Onn berkata Kerajaan hingga kini tidak
bercadang untuk mengharamkan pertubuhan (Freemason) itu walaupun
mengakui ianya bercanggah dengan aqidah Islam dan ramai golongan elit
dan berpengaruh dari kalangan umat Islam negara ini yang menyertainya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.