SHAH
ALAM 16 Feb: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor menuntut siasatan
terhadap bekas Bendahari Umno Selangor, Datuk Manan Md Said berhubung
dakwaan pecah amanah dan salahlaku, membabitkan penyelewengan RM18.85
juta wang kerajaan negeri.
Justeru,
satu laporan polis dibuat terhadap Manan di Ibu Pejabat Polis Daerah
Shah Alam petang tadi oleh AMK Selangor melalui ketuanya, Irwan
Ismail.
“Manan
melalui syarikat Khidmat Bakti Sdn Bhd, yang mana beliau adalah salah
seorang ahli lembaga pengarah telah dianugerahkan projek perumahan di
Seksyen 20, Shah Alam pada tahun 1996.
“Selepas
2008, audit kerajaan Selangor mendapati Majlis Bandaraya Shah Alam
(MBSA) kerugian RM 18.85 juta kerana Khidmat Bakti gagal menjalankan
projek.
“Bayaran dibuat melalui Bank Islam pada 2002 selepas kelulusan Exco,” kata Irwan kepada Keadilandaily.com.
Menurut
Irwan, berikutan kegagalan itu, tanah seluas 47,714 kaki persegi
(11.79 ekar) di Seksyen 20, Shah Alam itu terpaksa ditebus semula oleh
kerajaan Selangor, menyebabkan MBSA mengalami kerugian.
“Bagaimana
syarikat RM2 boleh dapat projek RM18.8.5 juta?,” Saol beliau sambil
menegaskan maklumat diperolehi dari ‘orang dalam’ MBSA sendiri.
Justeru beliau turut menuntut siasatan dibuat terhadap bekas Datuk Bandar Shah Alam ketika itu, Datuk Abu Sujak Mahmud.
Dalam
pada itu beliau memaklumkan, keterangan polis akan diambil
daripadanya di IPD Petaling Jaya, bila-bila masa mulai sekarang.
“Kami juga akan membuat laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” tegas Irwan.
Jelas Irwan, 30 peratus dari keseluruhan tanah seluas 47,714 kaki persegi itu dikhususkan untuk perumahan kuarters MBSA.
“Bukan
di Shah Alam sahaja. Ada banyak lagi kes seperti ini di tempat lain,”
jelas Irwan memberitahu akan mendedahkan satu persatu skandal
melibatkan pemimpin Umno di Selangor.
PASPB
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.