Kelantan bina lebuh raya, Umno mati akal
22 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
KOTA BHARU, 15 Feb: Usaha Kerajaan Kelantan mahu membina sendiri lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai selepas permohonan mereka tidak mendapat perhatian Kerajaan Pusat, bakal meranapkan impian Umno negeri itu untuk menawan Kelantan.
Timbalan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rosli Abdullah berkata, dengan inisiatif kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz itu, Umno selepas ini 'mati akal' untuk memburukkan kerajaan negeri dengan isu pembangunan.
“Tak perlu pihak Umno Kelantan nak canang nak tawan Kelantan kerana tiada pembelaan untuk rakyat, isu kemiskinan, air dan sebagainya.
“Ia hanya isu lapuk yang sudah tidak boleh didendangkan lagi di zaman siber ini,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed yang mendakwa rakyat sudah hilang sokongan kerana tidak berjaya menyelesaikan masalah air dan kemiskinan.
Exco Kelantan, Datuk Husam Musa dalam satu kenyataan sebelum ini berkata kerajaan negeri terpaksa mengambil tindakan membina sendiri lebuh raya itu memandangkan cadangan pembinaan itu kepada kerajaan Pusat sejak Rancangan Malaysia ke 5 (1986-1990) sehingga sekarang belum dapat dilaksanakan.
Pembinaan lebuh raya sepanjang 73 kilometer yang bertaraf R5 dan R9 persimpangan bertingkat serta 2 buah kawasan Rehat dan Rawat (R&R) itu dijangka menelan kos antara RM1.5 hingga RM1.8 billion.
Mengulas lanjut, Rosli berkata, andainya kerajaan negeri Kelantan tidak mampu menjaga kebajikan rakyat, masakan pula bercadang untuk membina lebuh raya itu.
“Malah Jawatankuasa Teknikal dan Kewangan Lebuhraya ini telah menerima tawaran dan kertas cadangan dari 5 syarikat,” ujarnya lagi.
Sementara itu, beliau bagaimanapun menyeru semua jentera Pakatan Rakyat di seluruh negara khususnya negeri-negeri yang dimenangi bekerja keras untuk mempertahankan kemenangan masing-masing.
Harakah Daily

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.