Saya petik:
[HD] KOTA BHARU, 8 Feb: Seorang peguam
terkenal yang juga ahli politik, Datuk Sukri Mohamed memfailkan saman
terhadap blogger pro-Umno, Papagomo di Mahkamah Tinggi di sini.
Saman terbabit difail ekoran
tulisan dalam blog Papagomo atau nama sebenarnya Wan Mohamad Azri Wan
Deris dikatakan memfitnah secara terbuka peguam terbabit.
Sukri diwakili peguam Hisham Fauzi memfailkan saman tersebut baru-baru ini.
Dalam tuntutannya plaintif
memohon defendan membuat permohonan maaf secara terbuka dengan
menyiarkan permohonan maaf dalam blog defendan di alamat
www.papagomo.com.
Defendan juga perlu mengiklankan
permohonan maaf tersebut dalam akhbar nasional harian berbahasa Melayu
dan bayaran gantirugi sebanyak RM10 juta.
Selain itu memohon gantirugi teladan, gantirugi melampau dan gantirugi punitif.
Plaintif juga merupakan ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri dan ahli Majlis Perajaan Negeri Kelantan.
Defendan tinggal di Villa
Apartment, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur dan merupakan pemilik dan
penulis ruangan blog; http://www.papagomo.com.
Dalam blog terbabit defendan
menyiarkan tulisan bertajuk “ratusan ribu wang rakyat lesap disamun
penasihat Sultan Kelantan” pada 4 Mei 2011.
Artikel tersebut disifatkan plaintif secara jelas menyebut berita yang tidak benar dan tidak berasas.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.