KUANTAN, 11 Feb
- UMNO Barisan Nasional nampaknya semakin kemaruk untuk menarik
sokongan rakyat terutamanya orang-orang Melayu, menjelang Pilihan Raya
Umum Ke-13 akan datang.
Tidak cukup dengan propaganda di media arus
perdana, kini mereka menyebarkan pula buku berjudul "Pilihan Raya Umum Ke-13: Nak Pilih Siapa?"
kepada orang ramai di sekitar bandar ini. Buku setebal 84 mukasurat itu
mula diedarkan sejak minggu lalu, dan sasarannya ialah kepada pengundi
Melayu di kawasan "hitam".
Buku yang tidak dinyatakan penerbi itu kononnya dijual dengan harga RM14.99,
tetapi apa yang berlaku ia diberikan secara percuma kepada orang ramai.
Ada yang mendapatnya melalui tangan dan ada pula yang menerimanya
melalui pos.
Apa yang menarik, buku tersebut tidak dinyatakan penulisnya
dan hanya menggelarkan ia ditulis oleh Cikgu Melayu.
Terdapat mukadimah dan penutup berupa nasihat daripada guru-guru
Melayu. Antara lain tercatat dibelakang kulit buku itu perkataan
berbunyi
"Ada yang
menggelar pilihan raya umum ke-12 sebagai tsunami politik. Ramai pula
yang mengatakan bahawa orang-orang Melayu sudah tidak mungkin akan dapat
mengembalikan kuasa politik di tanahair sendiri.
Sejarah telah
membuktikan bahawa apabila Melayu merebut kuasa, kita sebenarnya
menghakis kuasa yang ada pada kita. Sekarang, keadaan menjadi semakin
genting bagi orang-orang Melayu kerana jika kita tersalah pilih,
musnahlah bangsa Melayu buat selama-lamanya".
Ini pula muka surat dimana isteri PM, Rosmah Mansor dipuji oleh penulis
Pemimpin pembangkang seperti Anwar Ibrahim, Nik Aziz, Karpal Singh, Mat Sabu dan yang lainnya menjadi sasaran mereka. Dalam pada itu, pemimpin UMNO seperti Najib Tun Razak, Isa Samad, Rahim Thamby Chik, Mahyuddin Yassin, Hishamuddin Hussein menjadi
sanjungan mereka. Kononnya itulah pemimpin Melayu yang wajar dikekalkan
kerana perjuangan mereka yang ikhlas untuk orang-orang Melayu. Paling
memualkan apabila buku tersebut juga memuji isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor dengan kenyataan
"Bukan senang untuk menjadi wanita pertama Malaysia. Rosmah Mansor
mempunyai jadual yang ketat untuk melaksanakan tugasnya demi kepentingan
negara. Kita jangan terlalu mempercayai fitnah yang dilemparkan oleh
pembangkang dalam usaha untuk memburukkan imej Rosmah.
Beliau sibuk
melakukan apa yang terdaya untuk mendapatkan pelaburan bagi negara ini
melalui aktiviti-aktivitinya sendiri supaya rakyat Malaysia boleh hidup
dalam keadaan yang lebih baik dan selesa. Kini ramai rakyat Malaysia
mula mengenali Rosmah sebagai seorang yang sangat ramah dan prihatin.
Bak kata pepatah, Tak Kenal Maka Tak Cinta", demikian pujian
melampau penulis terbabit terhadap Rosmah Mansor.
Lagi bukti, muka surat kutuk Anwar, Tok Guru Nik Aziz dan Karpal Singh
[Nampaknya, disaat Pilihan Raya Umum Ke-13 yang kian menjelang tiba ini maka macam-macam hal pula timbul. Sampai ada pihak yang tergamak mencetak buku untuk memburukkan pihak-pihak tertentu. Apa yang menarik buku itu khabarnya hanya diedarkan kepada pengundi Melayu di sekitar bandar Kuantan.
Maknanya, pihak berkenaan memainkan sentimen perkauman bagi
menarik undi. Kononnya jika dibiarkan kaum bukan Melayu menang maka
kuasa orang Melayu akan terhakis.
Padahal, umum mengetahui bahawa Melayu
UMNO sudah tidak layak lagi untuk diberi kuasa kerana merekalah yang
banyak menghakis kuasa orang Melayu selama ini. Tanah Rizab Melayu
dibiarkan diambil oleh bukan Melayu begitu saja atas nama pembangunan.
Akhirnya orang-orang Melayu merempat di bumi sendiri, sedangkan bukan
Melayu dan pendatang asing diberi tempat oleh pihak atasan. Oleh itu,
tidak perlulah diterbitkan buku seperti ini yang sememangnya akan
memalukan mereka sendiri akhirnya].
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.