Nampak
gayanya Umno telah membuat keputusan untuk membuang Ketua Wanita
Shahrizat jalil dan akan menggunakan keadah persetujuan dua pihak untuk
mengeluarkan beliau daripada kabinet dan juga sebagai ketua Wanita Umno.
Menurut sumber Umno, Perdana
Menteri Najib Razak telah pun memberitahu beliau untuk membuat keputusan
dan “jangan paksa saya pecat kamu” untuk jawatan Menteri Wanita beliau.
Bagi jawatan ketua Wanita Umno pula, ad aura-ura bahawa beberapa orang
pemimpin termasuk timbalan Ketua Wanita, Kamilia Ibrahim dan bekas Ketua
Wanita Rafidah Aziz akan memangil mesyuarat luar biasa untuk
melaksanakan undi tidak percaya terhadap beliau.
“Sekarang sudah tiada jalan keluar. Yang terakhir adalah apabila anaknya mengeluarkan ..............
kenyataan
bahawa keluarganya tiada kepentingan untuk melabur untuk kondo-kondo
tersebut. Keluarga ini sememangnya salah anggap terhadap persepsi
rakyat.
Mereka tidak sedar bahawa mereka kelihatan bongkak walaupun jika
mereka tidak bermaksud untuk berbuat demikian. Tetapi Umno sekarang
sudah sedia maklum betapa NFC telah memburukkan nama Umno. Shahrizat
ibarat bom jangkamasa dan Umno harus mematikan beliau dengan apa cara
sekalipun,” ujar sumber dalam Umno kepada Malaysia Chronicle.
Pendedah maklumat yang dirahisakan
Begitu banyak wartawan menunggu
di luar kediaman Perdana Menteri seawal 8 pagi pada hari Khamis setelah
ada khabar angin mengatakan perletakan jawatan Shahrizat yang tidak
dapat dielakkan lagi. Tidak lama kemudian pembantu Shahrizat memberitahu
para wartawan bahawa beliau telah pergi ke kediaman rasmi PM untuk
menghadiri mesyuarat Program Transformasi Kerajaan dan Program
Transformasi Ekonomi. Sumber Umno juga memberitahu bahawa beliau telah
berjumpa dengan Najib.
“PM telah memberi kata dua
kepada beliau untuk berundur dan membiarkan Shahrizat untuk memutuskan
sendiri bila beliau akan berbuat demikian tetapi semestinya dalam masa
terdekat. PM juga mengatakan bahawa ini hanyalah untuk jawatan kabinet
tetapi bagi jawatan ketua wanita, beliau harus menyerahkan ia kepada
delegasi wanita. Jika Shahrizat bersedia untuk berundur, beliau akan
terselamat daripada EMG yang akan memalukan beliau,” ujar orang dalam
Umno.
Keluarga Shahrizat telah
dianugerahkan Projek Penternakan Feedlot Kebangsaan pada tahun 2006 dan
diberikan pinjaman RM250 juta daripada kerajaan untuk membina skim itu
yang didakwa akan memberikan bekalan daging lembu yang lebih murah untuk
rakyat Malaysia.
Dalam masa 3 bulan, terima kasih
kepada pendedahan yang dibuat oleh seorang pemberi maklumat yang
identitinya dirahsiakan, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli telah
membongkar beberapa transaksi yang menunjukkan penyelewengan dana itu.
Walaupun Shahrizat telah menyalahkan pihak PKR kerana kejatuhan beliau,
dipercayai pendedahan sebenarnya dimulakan oleh orang Umno sendiri.
Antara yang disyaki adalah
Menteri Wilayah dan Ketua Umno Lembah Pantai, Raja Nong Chik – seorang
protégé Naib. Juga dipercayai bahawa PM mahukan Raja Nong Chik untuk
bertanding di Lembah Pantai pada PRU 13 tetapi Shahrizat enggan memberi
laluan kepadanya, kerana itu adalah kerusi beliau sehinggalah beliau
kalah kepada Nurul Izzah dari PKR pada 2008.
Tanpa jawatan dalam kabinet, dapatkah keluarganya menang projek NFC?
Pinjaman itu telah digunakan
untuk membeli 5 kondo mewah, sebuah Mercedes Benz super-class, percutian
keluarga yang mahal dan juga diskaun berjuta-juta ringgit dan
pemindahan wang kepada firma keluarganya sendiri.
Shahrizat yang disoal siasat
oleh SPRM pada hari Rabu telah menegaskan bahawa tiada kepentingan
beliau dalam projek itu dan beliau tidak terlibat dengannya sama sekali.
Walaubagaimanapun, tidak ramai
yang menerima penjelasan beliau dan aada seorang ahli Umno yang
memberitahu wartawan bahawa tiada seorang pun yang tahu suami beliau,
Salleh Ismail, pengerusi NFC “daripada Adam”. Implikasinya adalah, jika
Shahrizat bukan menteri dalam kabinet, Salleh, yang tiada pengalaman
dalam projek ternakan lembu sudah tentunya tidak akan menang projek
tersebut.
Ada yang berbohong
Anak beliau, Izmir Salleh
terlalu tertekan semasa beliau cuba mempertahankan ibu bapanya dengan
menegaskan bahawa pinjaman RM250 juta yang diberi kepada keluarga mereka
boleh dilaburkan sesuka hati.
Beliau bukan menenagkan rasa
marah rakyat tetapi semakin menyemarakkannya. Pemimpin pembangkang telah
mendesak satu Suruhanjaya Penyiasatan Diraja untuk menyiasat projek NFC
dan juga pinjaman itu.
“Semasa mesyuarat Komiti Akaun
Rakyat pada 23 November lalu ke atas NFC, dua orang pegawai senior MOF
telah dengan jelas mengatakan bahawa pinjaman itu tidak boleh digunakan
untuk tujuan selain daripada yang sepatutnya dan semestinya tiada yang
membolehkan ia digunakan untuk tujuan pelaburan hartanah,” ujar Tony
Pua, Ahli Parlimen PJ Utara pada Jumaat lepas.
Pegawai MOF itu telah
menerangkan bahawa tujuan untuk pengeluaran wang mesti dijelaskan dengan
terperinci. Apabila ditanya lagi, pegawai MOF mengesahkan bahawa mereka
yang memberi pinjaman RM250 juta itu tidak pernah mendapat permohonan
untuk memberi hartanah. Jadi sekiranya, pegawai MOF ini bercakap benar,
sudah tentulah Wan Shahinur Izmir yang berbohong untuk menegakkan benang
yang basah.”
Malaysia Chronicle
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.