Mahathir Mudah Lupa...Bayar RM4 Juta Pada Abramoff, Kata Saifudin
SHAH
ALAM, 14 FEB:Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir lupa dengan
tindakannnya sendiri sebagai perdana menteri yang mencatatkan beliau
pernah membayar RM4 juta kepada pelobi dan usahawan Amerika Syarikat
berbangsa Yahudi, Jack Abramoff bagi mengadakan perjumpaan bersama
Presiden George W.Bush.
Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin
Nasution berkata Tun Dr Mahathir sebagai 'nyanyuk' dan lupa dengan
tindakannya sendiri terlalu taksub mahu menjalinkan hubungan rapat
dengan AS ketika itu .
Sehubungan itu, katanya, beliau (Mahathir) perlu melihat
dirinya sendiri di cermin sebelum membuat kenyataan mendakwa Amerika
Syarikat (AS) dan Israel mahu melihat perubahan kerajaan di Malaysia
serta mengaitkan hubungan rapat ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar
Ibrahim dengan pihak terbabit.
"Satu kenyataan yang paling nyanyuk pernah datang daripada
Dr.Mahathir. Beliau secara rekod pernah membayar 4 juta pada pelobi
yahudi Jack Abramoff semata-mata untuk berjumpa presiden Bush. Tak ada
seorang pun pemimpin Malaysia yang buat seperti mana Mahathir buat.
Bayar 4 juta hanya untuk berlutut kepada Presiden Bush," katanya kepada
Antarapos petang tadi,
Beliau berkata demikian mengulas laporan akhbar yang
menyebut Tun Dr Mahathir dalam blognya menuduh AS dan Israel mahu
melihat perubahan pada kerajaan Malaysia sekarang dan menjadikan Anwar
sebagai pemimpin kerajaan boneka bagi memudahkan mereka mencapai
kepentingan mereka.
Saifuddin menegaskan, Tun Dr.Mahathir tidak sepatutnya
menuduh Anwar, yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat sedangkan beliau
sendiri mempunyai kaitan dengan pihak Amerika Syarikat dan Israel.
"Orang yang pernah ada rekod begitu, kalau dia menuduh orang
lain dialah yang nyanyuk. Orang lain tak pernah buat begitu, dia yang
buat"
"Kenyataan daripada Dr.Mahathir yang nyanyuk, dia fikir
rakyat sudah lupa apa yang dia buat ketika dia menjadi Perdana
Menteri," ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh pula
melihat, Tun Dr Mahathir seolah-olah sengaja memanipulasi kenyataan
yang dibuat oleh Awar mengenai Amerika Syarikat dan Israel.
Beliau turut menggesa agar pemimpin itu meneliti dan
memahami keseluruhan isi kandungan kenyataan terbabit dan bukannya
mengambil sebahagian dan serta merta membuat kesimpulan sendiri.
"Israel ini sensitif bagi orang Malaysia. Kita ambil contoh
bagaimana mereka serang dalam WSJ. Muhyiddin sendiri ambil sebahagian
sahaja daripada kenyataan itu serta putar belit. DSAI kata 'boleh kita
terima kehadiran Israel, dengan syarat Israel tidak terus mengasak
Palestin'. Tetapi bahagian kedua tidak disebut. Sebahagian saja ayat
Datuk Seri Anwar," katanya lagi.
Fuziah menegaskan, Tun Dr Mahathir mungkin kelihatan begitu
lantang bersuara menentang Zionis dan Barat tetapi sebenarnya mempunyai
hubungan yang cukup baik dengan mereka.
"Kita semua tahu. boleh periksa hubungan dagangan Malaysia
dengan ISrael yang agak besar berjumlah 600 juta euro. dan pasangan
perdagangan ialah Israel. Ini kenyataan hipokrit dan sengaja
diputarbelit,"tambah beliau lagi.
Tun Dr Mahathir dalam blognya berkata AS kurang selesa
dengan pentadbiran Malaysia sedia ada kerana ia tidak memihak kepada
negara berkenaan serta tidak menyokong dasar AS terhadap Iran dan
negara-negara lain.
Mahathir juga kelihatan seperti mensasarkan terhadap
temubual Anwar dengan Wall Street JOurnal (WSJ) lalu di mana beliau
dilaporkan berkata akan memberi sokongan terhadap usaha melindungi
keselamatan negara Israel.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.