Jgn Jadi Penipu Perompak's photo.
Bagaimana
anda rasa sebagai pembayar cukai jika seseorang memberitahu anda bahawa
Kementerian Pertahanan (Kementah) membayar sebanyak RM7.55 bilion untuk
membeli kereta perisai yang harga sebenar hanya seperempat dari jumlah
itu?
DEFTECH AV-8 8X8 Jika anda benar-benar tahu berapa nilai RM7.55
bilion (atau RM7,550 juta) itu, anda
mungkin terperanjat dan sukar untuk mempercayai dan memekik: “Adakah
kerajaan kita begitu teruk? Adakah mereka begitu berani?”
Jawapannya
ialah ya; dan tirai drama mula dibuka di parlimen kita, tidak seperti di
setengah-setengah laman web yang membuat dakwaan yang tidak berasas.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua menyoal Menteri Pertahanan
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kenapa Kementah membayar harga yang sangat
mahal, sebanyak RM7.8 bilion untuk 257 buah kereta perisai. Zahid
menjawab bahawa kementeriannya tidak tahu bahawa harganya RM7.8 bilion
seperti mana yang didakwa oleh Pua dan harga kontrak muktamad ialah
RM7.55 bilion.
Beliau juga menyatakan bahawa beliau tidak tahu menahu
tentang urusniaga yang membolehkan pembekal mendapatkan kenderaan-
kenderaan tersebut dari Turki pada harga seperempat dari harga yang
dibayar oleh Kementah. Namun penafian Zahid itu akhirnya terbongkar
apabila Pua mendedahkan bahawa Zahid sendiri menyaksikan majlis
menandatangani perjanjian urusniaga itu di Ankara, Turki pada bulan
Februari lalu.
Perjanjian itu ditandatangani di antara syarikat
pembekal Malaysia, Deftech dan pengeluar kenderaan pertahanan Turki
FNSS, syarikat usahasama di antara BAE Systems Inc. dari United Kingdom
dan Nurol Holding dari Turki.
Perjanjian ini dilaporkan dalam satu
kenyataan akhbar bertarikh 3 Jun 2011 di laman web BAE System Inc.
melibatkan kontrak bernilai USD559 juta yang diberi kepada FNSS untuk
“merekabentuk, membangun dan mengeluarkan” sebanyak 257 DEFTECH AV-8 8X8
kereta perisai beroda dan Sokongan Logistik Berintergrasi untuk
Angkatan Tentera Malaysia.
Kenderaan-kenderaan tentera yang diberi nama
‘DEFTECH’, sebenarnya direkabentuk oleh FNSS PARS 8X8, kenderaan
serbaguna, pelbagai misi, kenderaan beroda lengkap dengan peralatan
senjata.
Harga melambong Ini bermakna Kerajaan Malaysia membayar
Deftech sebanyak RM7.55 bilion (RM29.4 juta untuk sebuah), yang kemudian
membayar FNSS sebanyak RM1.7 bilion untuk 257 buah kereta perisai itu
(RM6.6 bilion sebuah).
Jika anda seorang pembayar cukai yang marah
dengan ‘rompakan di siang hari’ melibatkan RM6 bilion dari dana awam,
tunggu dulu sehingga anda mendengar harganya di pasaran, yang jauh lebih
rendah dari yang ditawarkan oleh FNSS.
Pua dalam satu kenyataannya
bertarikh 9 Mac 2011, dalam blognya melaporkan bahawa harga-harga
berikut untuk kereta perisai yang setanding yang ditawar dan
diurusniagakan dalam pasaran.
Pasukan tentera Portugal membayar RM4.4
juta sebuah untuk kereta perisai Pandur II 8X8 (EUR364 juta untuk 353
buah) 0 Model terbaru Pirahan III 8X8 kereta perisai beroda yang
dikeluarkanoleh Swiss MOWAG GmBH bernilai RM3.9 juta (USD1.2 juta) untuk
tiap-tiap sebuah.
Dengan harga-harga ini sebagai rujukan, adalah wajar
untuk kita mengharapkan supaya Kementah membuat tawaran tender terbuka
dan mencapai keputusan muktamad. Kita boleh mengurangkan harga tidak
melebihi RM4.5 juta dari RM30 juta untuk sebuah kenderaan pada ketika
ini dan mengurangkan nilai kontrak kepada RM1.15 bilion dari RM7.55
bilion.
Ini bermakna kerajaan Barisan Nasional telah melambongkan
harganya sebanyak enam hingga tujuh kali ganda mengikut dasar pembelian
peralatan pertahanan yang sama sekali tidak bersifat telus dan
bertanggungjawab.
Jumlah yang sebegitu tinggi amat memeranjatkan yang
mungkin tidak pernah kita dengar walaupun dalam sebuah negara yang
paling korup di dunia sekali pun. Perbelanjaan yang menggila Urusniaga
ini adalah salah satu dari kes bagaimana Kementah membelanjakan wang
berbilion ringgit untuk membeli bot peronda dan helikopter dengan harga
yang begitu tinggi.
Sebagai contoh, Kementah membeli enam buah kapal
peronda luar pantaidari Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd pada harga
sebuah RM1 bilion (jumlah RM6 bilion). Harga yang dibayar ini adalah
lima kali ganda dari apa yang dibayar oleh Royal New Zealand Navy untuk
pembelian OPV, diperolehi pada harga hanya RM210 juta sebuah (NZ$90
juta) dari syarikat kedua terbesar di dunia, BAE Systems.
Begitu juga
dengan pembelian helikopter jenis Eurocopter EC725 pada harga RM190 juta
setiap sebuah (RM2.3 bilion untuk 12 buah) manakala Brazil membeli
helikopter jenis yang sama pada harga hanya RM82 juta sebuah. Melihat
kepada tiga kontrak ini sahaja – kereta perisai, kapal peronda dan
helikopter – menyaksikan ketirisan sebanyak RM12 bilion ekoran transaksi
Kementah ini.
Dengan wang sebanyak ini, kita boleh membina rumah kos
rendah untuk 250,000 keluarga, menyediakan kemudahan perumahan kepada
sejuta rakyat yang tidak mampu. Dasar pembelian pihak pertahanan
melibatkan rasuah yang begitu bermaharajalela sememangnya diketahui
ramai di kalangan para pegawai dan eksekutif pertahanan antarabangsa
seperti mana yang didedahkan oleh Wikileaks.
Wikileaks mendedahkan
kabel dari Kedutaan Amerika Syarikat tentang rakaman perbualan di antara
saudara mara dan rakan-rakan ahli-ahli politik ketika pemerintahan Tun
Abdullah Ahmad Badawi selaku perdana menteri dan Datuk Seri Najib Tun
Razak sebagai timbalannya pada sekitar tahun 2004 hingga 2009.
Di
samping mendedahkan jenis rasuah secara spesifik, kabel Amerika itu juga
mendedahkan bahawa rasuah menjadi sumber pendapatan utama sebagai dana
politik bagi mengekalkan kuasa pihak pemerintah.
Melihat dari
perspektif yang lebih besar, ketirisan akibat tiga kontrak ini merupakan
sebahagian kecil sahaha dari ketirisan-ketirisan yang berlaku dalam
sistem pembelian kerajaan Barisan Nasional, sebagaimana didedahkan oleh
Laporan Ketua Audit Negara 2010.
Laporan-laporan tahunan seperti ini,
yang mendedahkan amalan rasuah dan salah guna pengurusan (hingga ada
yang sukar dipercayai) sering menjadi peringatan bahawa kita
terperangkap dengan sistem tadbir urus yang buruk dan akibatnya akan
terus menerus mengeringkan sumber dana negara.
Tetapi jika kita
menyedari bahawa Laporan Ketua Audit itu adalah sebahagian kecil dari
ketirisan yang berlaku setiap tahun, kerana ianya meliputi laporan
sebahagian kecil sahaja dari jumlah ratusan jabatan-jabatan kerajaan
yang ada maka tentu kita amat bimbang dengan keadaan ini. Dan adakah
perubahan terhadap institusi-institusi telah dan akan berlaku di bawah
pimpinan politik sekarang?
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.