SEGAMBUT, 1 Feb - Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri
Anwar Ibrahim kini berada di Parlimen Segambut dalam program 'walkabout'
bersama rakyat sempena sambutan Hari Wilayah.
Program yang bermula jam 10.00 pagi tadi menyaksikan hampir 1,000 orang
hadir dan bersesak di dewan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK)
Jinjang Selatan menunggu kehadiran beliau.
Sebelum itu, ahli Parlimen Batu Tian Chua dan ahli Parlimen Subang
Sivarasa Rasiah memberi ucapatama yang turut menyaksikan persembahan tai
chi dan tarian naga dipertontonkan kepada umum.
Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan turut mengadakan beberapa lagi
siri 'walkabout' hari ini, di Parlimen Wangsa Maju, Setiawangsa sebelum
menutup tirai program tersebut di Lembah Pantai.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.