Penafian bekas menteri besar Selangor
Dr Mohd Khir Toyo bahawa beliau tidak terlibat menyerahkan konsesi air
negeri Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) didakwa
seolah-olah mahu membalas dendam kepada Umno.
Setiausaha
politik kepada menteri besar Faekah Husin mendakwa, ini kerana Umno
tidak melindunginya ketika dituduh di mahkamah - layanan yang didakwa
berbeza dengan isu Pusat Fidlot Nasional (NFC).
"Khir
kecewa perkara yang sama tidak dilakukan ke atasnya sebagaimana
keistimewaan yang diperolehi Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam isu lembu-
NFC," dakwa Faekah.
Khir
kelmarin dilaporkan menafikan menyerahkan pengurusan air kepada SYABAS
semasa menjadi menteri besar sebagaimana sangkaan ramai, sebaliknya
,menyerahkannya kepada kerajaan pusat bagi mengatasi krisis air Selangor
sekitar 1997 dan 1998.
Tambahnya,
beliau tidak terlibat kerana Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang
memberikan kontrak 30 tahun kepada Puncak Niaga Sdn Bhd yang kemudiannya
melantik SYABAS menguruskannya, lapor sebuah portal berita.
Beliau
menjelaskan, kerajaan BN Selangor menyerahkan projek bekalan air kepada
kerajaan pusat kerana tidak mampu menguruskannya ekoran krisis air
membuatkan Selangor perlu membina empangan di Kuala Kubu Baru bernilai
RM2.4 bilion.
Dalam
kenyataannya semalam, Faekah juga berkata, kenyataan Khir itu
membuktikan beliau tidak layak dan gagal selaku menteri besar atas sikap
menuding jari terhadap orang lain.
"Sebagai
bekas pemimpin nombor satu di negeri Selangor, Khir sepatutnya
mengambil tanggungjawab penuh atas kegagalan SYABAS menguruskan
perkhidmatan pembekalan air dengan baik seperti yang dipersetujui dalam
perjanjian bersama," katanya.
Menurut
Faekah lagi, Khir terlupa perjanjian yang ditandatangani pada 2004
antara tiga pihak dan kerajaan negeri turut terlibat bersama kerajaan
pusat dan Puncak Niaga.- mkini
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.