Followers

Tuesday, February 7, 2012

HJ NAJIB CUBA TIPU PENDUDUK KLANG....???

 
Kalau semasa PAS mula memperkenal kan Negara Kebajikan... lantas Pemimpin Umno pun akan mendakwa bahawa mereka telah dulu mengamalkan Negara Kebajikan, tetapi hari ini Presiden Datuk Seri Hj Najib (DSHN) mengatakan bahawa Malaysia bukan Negara Kebajikan di dalam satu Sambutan Tahun Baru Cina di Klang Selangor DE.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Hj Najib negara yang mencuba model negara berkebajikan seperti yang cuba diperkenalkan PAS hanya berakhir dengan kegawatan ekonomi seperti beberapa Negara Eropah, dengan membandingkan dasar Umno/Bn menyediakan jaringan keselamatan sosial... yang berbeza daripada dasar negara kebajikan yang hendak diperkenalkan oleh PAS dan juga yang diamalkan di beberapa negara Eropah.

Kata nya lagi Negara kita bukan merupakan negara kebajikan  kerana semua negara yang mengamalkan negara kebajikan akhirnya menghadapi masalah ekonomi amat serius... jika sebuah negara melaksanakan jaringan keselamatan sosial yang memberi penekanan kepada kebajikan rakyat, pengagihan kekayaan akan lebih saksama... kah kah kah !!!.

Mungkin kenyataan ini terpaksa dikeluarkan apabila melihat sambutan penerimaan luar biasa yang diberi oleh Masyarakat Cina dan India dalam setiap aktiviti yang melibatkan kedua-dua Masyarakat tersebut apabila dianjurkan oleh PAS, dan harus diketahui bahawa Umno yang berkuasa selama ini adalah hasil sokongan kedua-dua Masyarakat tersebut.

Kalau hanya diharapkan kepada Masyarakat Melayu... mungkin dah lama Umno jadi Arwah seperti di Negeri Kelantan DN yang Pengundi nya 95% adalah Orang Melayu Islam, dan inilah yang cuba diraih semula oleh Umno... namun Kaum Cina dan Kaum India sudah tidak boleh mereka tipu seperti zaman dimana letak calon katak dan tahi lembu pun Umno/Bn boleh menang... kah kah kah !!!.


hemmmmm..... kekalahan umno/bn adalah mala petaka kepada pemimpin umno bermasalah dan pengikut terpilih umno yang bermasalah... mereka akan mencuba dengan berbagai cara bagi memenangi pru 13... demi menyelamatkan dan menutup serapat yang mungkin masalah yang telah mereka lakukan... umno-perkasam-jati betul-betul meloyakan  heeeee.....
 
 
Mat Indera Sipejuang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.