SHAH ALAM: Pihak
yang mendakwa ribuan umat Islam di negara ini -murtad dicabar untuk
mendedahkan 300 nama serta alamat individu tersebut agar dapat
diselamatkan.
Bekas
Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, isu murtad
yang digembar-gemburkan itu hanya akan mengundang kegelisahan dalam
kalangan umat Islam negara ini.
Tegasnya, ia sekaligus mewujudkan suasana tidak tenteram dalam negara.
“Kita
tidak nafikan, ada usaha pihak lain untuk berkempen agar umat Islam
tertarik dengan agama mereka, namun, tindakan mereka yang mengendalikan
isu ini sehingga menyatakan puluhan dan ratusan ribu orang Islam murtad
adalah berbahaya.
“Jadi,
saya cabar mereka yang melaungkan ratusan ribu umat Islam murtad ini
memberikan 300 nama dan alamat (orang murtad) supaya kita boleh cari
untuk pastikan ia benar atau sekadar retorik untuk alih perhatian dalam
politik,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau
berkata, senarai nama itu boleh diberikan kepada mana-mana pihak
berkuasa Islam bagi membentuk satu pasukan untuk mengenal pasti dan
menjejaki individu yang didakwa murtad itu.
“Kita mahu dapatkan senarai nama itu. Jika mereka gagal, mereka perlu segera hentikan permainan ini,” tegasnya.
Asri
berkata, soal murtad tidak perlu dipolitikkan dan disebarkan dalam
perhimpunan yang dihadiri ramai umat Islam kerana hanya akan menimbulkan
pergaduhan sesama sendiri.
“Salah
sangka akan timbul dalam kalangan masyarakat. Ia juga akan menjatuhkan
maruah orang Islam itu sendiri. Perlu ingat bahawa hukum mengadakan
cerita murtad ini lebih besar daripada tuduhan zina kerana angkanya
dianggarkan secara melulu tanpa bukti kukuh.
“Daripada
mereka meneruskan perkara yang akan menimbulkan ketegangan ini, lebih
baik mereka keluarkan dahulu 300 nama, kita mahu lihat sama ada benar
atau tidak seperti didakwa,” katanya.
Sementara
itu, Pengerusi Bersama Himpunan Sejuta Umat (Himpun), Mohd Azmi Abd
Hamid yang mengganggap cabaran Dr Asri itu ditujukan kepada mereka
berkata, pendedahan angka murtad itu dilakukan sebagai isyarat kepada
seluruh umat Islam supaya menilai perkara itu dengan serius.
“Statistik
murtad memang perlu didedahkan kerana ia menunjukkan tahap serius atau
tidak serius gejala ini. Ia juga sebagai isyarat kepada masyarakat
supaya isu ini tidak dipandang ringan.
“Kita
mendapat maklumat jumlah individu murtad berdasarkan aduan orang ramai
serta sumber kerajaan dan jabatan agama Islam yang memiliki statistik
permohonan untuk menukar agama,” katanya.
Menyentuh
mengenai permintaan supaya mengeluarkan 300 senarai nama individu
murtad, Mohd Azmi berkata, beliau kurang bersetuju kerana ia berpotensi
mengancam keselamatan individu terbabit.
“Saya
tidak setuju kerana keselamatan mereka akan terjejas, biarlah maklumat
itu berada dalam simpanan pihak penyiasat,” katanya.
-sinarharian-
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.