KUALA LUMPUR- Sekurang-kurangnya dua siri debat antara
tokoh-tokoh politik tanah air yang sedang dinantikan penuh harapan oleh
rakyat negara ini.
Satu lagi debat yang juga menjadi penantian rakyat khususnya di Selangor adalah antara Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berhubung skandal pasir yang didakwa Noh berlaku di negeri itu.
Sehingga kini harapan itu masih kabur apabila Najib dilihat langsung tidak mahu menyahut cabaran itu bairpun diutarakan berkali-kali.
Terbaru, beberapa lagi harapan dilontarkan mahu melihat Najib selaku ketua kerajaan itu menyatakan persetujuan untuk berdebat dengan Anwar.
Ini kerana rakyat mahu melihat kedua-dua mereka berhujah secara berhadapan, tidak lagi masing-masing melontarkan pelbagai dakwaan antara satu sama lain di media yang menghalang mereka untuk menyoal dan menjawab secara langsung.
“Melalui debatlah Najib dan Anwar boleh bertemu, Mereka boleh melontarkan buah fikiran masing- masing mengenai isu yang diketengahkan supaya memberikan kesan lebih baik kepada masyarakat,” katanya seperti dilapor media semalam.
“Ia merupakan kesinambungan yang paling tepat setelah debat selepas Guan Eng dan Soi Lek, “ kata Naib Presdien PKR, Nurul Izzah Anwar.
Dalam satu kajian yang dikendalikan Merdeka Center, majoriti Profesional Melayu mahu debat antara kedua pemimpin politik tanah air itu direalisasikan segera.
Ianya termasuk pertubuhan pelajar, Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) yang mendakwa debat adalah kaedah terbaik meraikan perbezaan, malah menjadi medan penilaian bagi masyarakat khususnya anak muda untuk memilih pemerintahan negara kelak.
Paling ditunggu agar benar-benar menjadi realiti adalah debat antara
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Razak.
Satu lagi debat yang juga menjadi penantian rakyat khususnya di Selangor adalah antara Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berhubung skandal pasir yang didakwa Noh berlaku di negeri itu.
Namun bagi debat Anwar dan Najib, penantian bukan baru, tetapi sudah
berbualan bulan malah Anwar sendiri beberapa kali mengemukakan cabaran
kepada Najib untuk berdebat isu-isu negara khususnya membabitkan soal
ekonomi.
Sehingga kini harapan itu masih kabur apabila Najib dilihat langsung tidak mahu menyahut cabaran itu bairpun diutarakan berkali-kali.
Malah pujian juga wajar diberikan kepada kedua-dua pemimpin parti
majoriti Cina iaitu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden MCA,
Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang lebih terkehadapan apabila membuktikan
keberanian mereka berhujah di pentas debat Sabtu lalu.
Terbaru, beberapa lagi harapan dilontarkan mahu melihat Najib selaku ketua kerajaan itu menyatakan persetujuan untuk berdebat dengan Anwar.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar ketika mengulas perkara itu
berkata, debat itu perlu disegerakan seelok-eloknya sebelum berlangsung
Pilihan Raya Umum ke-13.
Ini kerana rakyat mahu melihat kedua-dua mereka berhujah secara berhadapan, tidak lagi masing-masing melontarkan pelbagai dakwaan antara satu sama lain di media yang menghalang mereka untuk menyoal dan menjawab secara langsung.
“Najib perlu bersedia untuk berdebat secara terbuka, bukannya berceramah ke seluruh negara tanpa berhadapan dengan Anwar.
“Melalui debatlah Najib dan Anwar boleh bertemu, Mereka boleh melontarkan buah fikiran masing- masing mengenai isu yang diketengahkan supaya memberikan kesan lebih baik kepada masyarakat,” katanya seperti dilapor media semalam.
Selain PAS, PKR juga tenyata menanti penuh harapan agar Najib
menerima cabaran Anwar itu agar debat yang bersejarah antara
kedua-duanya dapat direalisasikan.
“Ia merupakan kesinambungan yang paling tepat setelah debat selepas Guan Eng dan Soi Lek, “ kata Naib Presdien PKR, Nurul Izzah Anwar.
Bukan setakat parti politik sahaja, malah NGO serta persatuan
mahasiswa juga turut mahu melihat idea dan hujah kedua-dua pemimpin itu
di pentas debat.
Dalam satu kajian yang dikendalikan Merdeka Center, majoriti Profesional Melayu mahu debat antara kedua pemimpin politik tanah air itu direalisasikan segera.
Malah sejak awal lagi beberapa NGO turut menyatakan kesedian menjadi penganjur debat tersebut.
Ianya termasuk pertubuhan pelajar, Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) yang mendakwa debat adalah kaedah terbaik meraikan perbezaan, malah menjadi medan penilaian bagi masyarakat khususnya anak muda untuk memilih pemerintahan negara kelak.
-Harakahdaily
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.