Asal jumpa rakyat, naik motosikal pun Anwar sanggup
Pedulikan sekatan polis, rakyat mahu dengar ucapan Anwar
PEKAN: Sekatan polis yang cuba menghalang orang ramai ke Markas PAS di
sini, Pahang malam tadi, tidak menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim
untuk bertemu rakyat.
Penuh kesungguhan, Ketua Umum KEADILAN itu meredah kesesakan lalu
lintas dengan menaiki motosikal sejauh tiga kilometer untuk tiba di
lokasi ceramah di Kampung Mengkasar di sini.
Mengikut jurugambar Keadilan Daily, Yuisriah Yusuf, Anwar membonceng motosikal seorang lelaki yang dalam perjalanan untuk mengikuti ceramah berkenaan.
“Ia menyebabkan ceramah bermula lewat. Anehnya, sebaik Datuk Seri
(Anwar) tiba, polis menghenti sekatan,” katanya, menambah Ahli Parlimen
Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad yang turut menaiki motosikal atas
sebab sama.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.