Ada satu alasan yang kukuh bagi melayakkan seorang hamba Allah untuk
masuk ke syurga dengan rahmatNya. Alasan tersebut adalah hamba Allah ini
mestilah seorang yang hebat.
Syurga menantikan orang-orang hebat untuk memasukinya.
Tidak menjadi
hebat adalah alasan yang kukuh untuk tidak melayakkan manusia untuk
mendapat nikmat di daerah yang dijanjikan kebahagiaan ini.
Kita melihat syurga, orang-orang yang sudah menempah nama di dalamnya
adalah para nabi, sahabat-sahabat mereka dan orang-orang yang telah
membenarkan janji-janji mereka kepada Allah.
Maka mereka ini semuanya orang-orang yang hebat. Mereka hebat dalam
melawan nafsu mereka sendiri. Mereka hebat dalam menyebarkan kebaikan di
muka bumi ini. Mereka hebat dalam mentaati Allah di dalam seluruh
kehidupan mereka.
Bayaran syurga adalah kehebatan anda. Anda hebat sebagai seorang
hamba Allah adalah alasan yang kukuh untuk anda melayakkan diri ke sana.
Tanpa kehebatan sebagai seorang hamba, anda telah gagal untuk menempah
syurga.
Gagal memasuki syurga pula adalah hasil yang terburuk bagi setiap
keputusan. Gagal masuk ke syurga maknanya akan dibawa ke neraka.
Maka pilihan yang anda ada hanyalah pilihan untuk menjadi hebat.
Tanpa pilihan ini anda sebenarnya telah memilih untuk tidak ke syurga.
Kerana itu binalah kehebatan anda. Orang Islam mesti cemerlang. Hari ini perlu lebih baik dari sekarang.
Hinggalah akhirnya anda akan menemui Nabi Muhammad, Nabi Ibrahim,
Nabi Ismail, Sayyidina Abu Bakar, Sayyidatina Khadijah, Sayyidatina
Sumayyah, Sayyidina Bilal, Imam Syafie, Sultan Muhammad Al-Fateh dan
lain-lain dalam keadaan anda mengetahui nama-nama ini semuanya adalah
nama-nama yang hebat.
Menjadi hamba Allah yang hebat adalah alasan untuk anda bersama mereka.
"semakin kita nak jadi baik, semakin kuat ujian yang akan ditempuhi.
rempuhlah semua ujian tersebut hingga akhirnya anda akan bersenang lenang di syurga."
rempuhlah semua ujian tersebut hingga akhirnya anda akan bersenang lenang di syurga."
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.