KUALA LUMPUR
6 Dis : Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali memberitahu,
polis telah memberi kebenaran dan jaminan akan menjaga keselamatan
sepanjang perhimpunan yang bakal dianjurkan di Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur, Isnin depan.
“Kita telah bermuafakat dan bersetuju untuk meneruskan perhimpunan aman
ini dengan beberapa perincian yang telah dibincang secara bersama,”
kata Azmin selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Kontinjen
Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh hari ini.
Ahli Parlimen Gombak itu akan menerangkan secara terperinci mengenai
rancangan dan keputusan yang telah dicapai berhubung himpunan itu, di
Ibu Pejabat KEADILAN petang ini.
“Tempat telah ditetapkan, perhimpunan akan diteruskan. Keputusannya
positif dan saya gembira dengan polis tadi menunjukkan kesediaan untuk
berbincang dengan parti politik khususnya pakatan rakyat,” katanya.
Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mat Akin
menerusi laman twitter beliau, pihak polis membenarkan ruang
perkarangan kawasan letak kereta berhadapan dengan mahkamah untuk
berhimpun.
Sehubungan itu satu sidang media tergempar bersama pimpinan KEADILAN
akan diadakan di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya 3.30 petang ini.
Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menyatakan, pihaknya
tidak akan mengharamkan himpunan berkenaan, sebaliknya mencadangkan
supaya kawasan yang sesuai.Terdahulu, , turut hadir pada pertemuan
tersebut beberapa pimpinan KEADILAN termasuk ketua Wanita, Zuraida
Kamarudin, Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin, Pengarah Strategi,
Rafizi Ramli dan juga Naib Presiden KEADILAN, N.Surendran.
Pertemuan itu dibuat selepas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri
Hishammudin Hussein dan Ketua Polis Negara menyarankan agar Ketua Polis
Kuala Lumpur bertemu penganjur bagi membincangkan perkara
tersebut.Keadilandaily
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.