Followers

Tuesday, January 3, 2012

Turunnya bendera kebanggaan Yahudi Zionis dan kebangkitan di UPSI

 
Seorang pemberita mempunyai cebisan berita di bawah yang khabarnya akan disiarkan:
"Perjuangan menuntut kemerdekaan sehingga diturunkan bendera Union Jack di tanah air kita dahulu antara lain tercetus di Maktab Perguruan Tanjung Malam yang kini menjadi UPSI.

"Demonstrasi mahasiswa menuntut kebebasan di hadapan UPSI itu pula berlaku selepas apa yang difahamkan kepada saya tentang tindakan berani seorang mahasiswa menurunkan bendera kebanggaan syarikat Yahudi Zionis di negara ini, Apco Worldwide.

"Tindakan menurunkan bendera kebanggaan syarikat Yahudi Zionis itu adalah sehebat tindakan menurunkan bendera Star of David," tegas Mohamad (Sabu).
Untuk makluman, bendera Star of David adalah bendera Israel seperti dibawah.
Hari ni, saya baca berita bertajuk "Demo UPSI: Mahasiswi disingkir dari kolej kediaman". Saya ucapkan tahniah kepada Siti Nurul Piteriah Abdul Halim.

Jika ibu bapanya merasa bimbang, izinkan saya beritahu saya juga ada anak yang pernah belajar di UPSI. Ada di antara kawannya yang kini dituduh belajar tak lulus oleh orang-orang kampung yang tak tahu apa-apa kerana masih tidak mempunyai kerja walaupun dah dapat apa yang UPSI umumkan sebagai ijazah pada hari konvokesyen.

Maklumlah, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin suruh cari kerja lain. Ramai yang dah cari kerja lain. Antaranya kerja di kedai kain dengan gaji hanya RM600 sebulan (Gambar di atas ihsan Malaysiakini)

Janganlah lupa:
Kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia berjaya menggulingkan presiden-presiden mereka kerana kebangkitan-kebangkitan tersebut tidak mempunyai pemimpin - Rashid Al-Ghannushi.

Penarik Beca

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.