Followers

Monday, January 9, 2012

TERKINI!! WAWANCARA ANWAR IBRAHIM DENGAN STESEN AL JAZEERA!! (Video)



Sebaik keputusan diumumkan oleh hakim Zabidin Mohd Diah, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim pantas diserbu media antarabangsa yang mahu mendapatkan wawancara eksklusif berhubung pembebasannya pagi tadi.

Antara yang mendapat perhatian Anwar adalah stesen TV satelit Al Jazeera yang menyiarkan secara langsung ke seluruh dunia melalui berita terkini (breaking news) serta wawancara eksklusif selama tujuh minit dan 47 saat.

Anwar, 64 tahun, didapati tidak bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan pada 2008 dan dibebaskan tanpa syarat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur jam 9.26 pagi tadi.


 
Dalam wawancara eksklusif bersama Al Jazeera yang disiarkan secara langsung ke seluruh dunia, Anwar bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana rakyat Malaysia telah mengetahui bahawa kebenaran akan tetap ditegakkan.

Anwar ditanya lagi oleh wartawan John Harry Fawcett yang berada di perkarangan mahkamah Kuala Lumpur sejak awal pagi lagi secara peribadi juga merasakan rasa terkejutnya atas keputusan yang dibuat oleh kerana sejak dari awal perbicaraan lagi, seluruh jentera kerajaan dikerah untuk memalukn ahli parlimen Permatang Pauh ini.

Stesen TV yang berpangkalan di Doha, Qatar itu menyiarkan laporan langsung ke lebih 85 buah negara di seluruh dunia dan berita penuh akan disiarkan malam ini waktu Malaysia.


P/S - Nampak benar Anwar dah tua bila tengok gambar kat atas tu. Ya Allah, doa kami moga Anwar panjang umurnya untuk memimpin kami menuju Putrajaya!

JALAN PULANG

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.