Ramai juga yang minta komen saya tentang pendirian Anwar memilih untuk membela dirinya melalui keterangan tidak bersumpah. Saya rasa elok juga saya berkongsi pendapat mengenai pendirian Anwar tersebut. Saya akui awalnya saya juga agak terkejut dengan pendirian Anwar tersebut.
Namun setelah mengikuti keterangannya tersebut saya harus akui
bahawa tindakan Anwar amat amat bijak. Saya percaya pendirian itu
dibuat dengan perkiraan yang mendalam dengan mengambil kira sejak awal
lagi perbicaraan Anwar dilihat melanggar norma-norma atau piawaian
perbicaraan yang adil .
Memberi keterangan dengan tidak bersumpah sudah
tentu merupakan opsyen yang terbaik untuk Anwar dalam kondisi sebegitu.
Musuh Anwar memulakan serangan di atas pendirian Anwar tersebut .
Dengan nada sinis mereka memperli kononnya Anwar takut untuk disoal
balas oleh pendakwaraya.
Musuh beliau menyatakan Saiful lebih berani
dari Anwar kerana beliau memberikan keterangan dengan bersumpah dan rela
disoal balas oleh Karpal Singh. Ya, ia satu hujah yang menarik tapi
malangnya hujah tersebut bertolak dari qiyas atau analogi yang tidak
betul atau dalam bahasa arabnya dipanggil qiyas ma'al fariq. Mengapa?
Isu Saiful berani memberi keterangan bersumpah tidak timbul kerana
sebagai saksi pendakwa , undang-undang mewajibkan beliau memberi
keterangan bersumpah.
Makna mudahnya Saiful tidak ada pilihan kecuali
wajib memberi keterangan bersumpah. Terpaksa memberi keterangan secara
bersumpah bukan indikator keberanian seseorang. Kedudukan Anwar sebagai
pihak yang dituduh berbeza dengan kedudukan Saiful.
Tidak seperti
Saiful undang-undang memberi Anwar tiga pilihan yang sah untuk membela
diri iaitu sama ada memberi keterangan dengan sumpah ( yang boleh disoal
balas ) atau memberi keterangan dengan tidak bersumpah ( yang tidak
boleh disoal balas ) atau hanya berdiam diri. Hatta jika Anwar memilih
untuk berdiam diri hakim tidak boleh secara automatik membuat kesimpulan
bahawa Anwar bersalah kerana seorang hakim masih perlu meneliti semula
keterangan pendakwa sebelum membuat keputusan.
Musuh Anwar juga
berhujah bukankah keterangan bersumpah lebih kuat nilainya dan jika
Anwar benar-benar tidak bersalah kenapa beliau takut untuk memberi
keterangan bersumpah dan boleh disoal balas oleh pendakwa.
Sekali lagi
ia hujah yang menarik tetapi malangnya hujah tersebut gagal melihat
keseluruhan proses perbicaraan Anwar . Melihat pendirian Anwar yang
memilih untuk memberi keterangan tidak bersumpah secara terpisah dengan
keseluruhan proses perbicaraan Anwar bukan sahaja tidak wajar malahan
secara jelas ia satu hujah yang dangkal.
Hakikatnya bagi saya kerana
kepercayaan bahawa dirinya tidak bersalah mendorong Anwar mengambil
pendirian tersebut. Mana-mana tertuduh yang tidak bersalah dengan mudah
dijatuhkan hukuman bersalah dalam perbicaraan yang tidak adil.
Jika
perbicaaraan Anwar memang dari awal mengikut piawaian perbicaraan yang
adil hujah musuh Anwar itu mungkin ada keabsahannya. Namun dengan
pelbagai perkara pelik dan tidak masuk akal berlaku dalam kes Anwar
pendirian Anwar bukan sahaja wajar malahan amat tepat.
Mari kita ambil
satu contoh kepelikan dari siri-siri kepelikan yang berlaku dalam kes
Anwar iaitu isu tawaran saksi saksi pendakwa kepada pasukan peguambela
Anwar. Bukankah pendakwa raya telah menawarkan kepada pihak peguambela
Anwar beberapa orang saksi mereka seperti Najib , Rosmah, Musa Hassan
dan beberapa orang lain.
Berdasarkan prinsip undang-undang jenayah dan
piawaian perbicaraan yang adil saksi-saksi pendakwa ini sewajarnya
bersedia dipanggil oleh pihak pembela dan mereka juga wajar menjawab
soalan-soalan peguambela apabila dipanggil untuk temubual.
Peliknya
dalam kes Anwar ini saksi saksi yang ditawar oleh pendakwa ini boleh
memilih untuk tidak ingin menjadi saksi pihak pembela dan tidak mahu
menjawab soalan-soalan peguambela Anwar semasa sessi temubual. Tindakan
pelik saksi saksi ini malangnya timbul dari keputusan pelik Hakim yang
menyatakan bahawa saksi saksi seperti Najib dan Rosmah ini boleh memilih
untuk tidak menjawab soalan-soalan peguambela Anwar. .
Keputusan Hakim
tersebut menyebabkan tawaran saksi- saksi pendakwa seperti Najib dan
Rosmah kepada pasukan peguambela Anwar tidak ada apa apa nilai dan hanya
sia-sia dan membuang masa. Apa gunanya pendakwaraya menawar saksi-saksi
mereka yang enggan bersuara dan apa gunanya pula untuk peguambela Anwar
memanggil saksi-saksi yang enggan bersuara ( baca kecut untuk bersuara
).
Hakikatnya bukan Anwar yang tidak berani memberi keterangan
bersumpah sebaliknya Najib, Rosmah , Musa Hassan dan Rodwan yang takut
untuk memberi keterangan sama ada secara tidak bersumpah di luar
mahkamah iaitu dalam sessi temubual atau secara bersumpah di dalam
kandang saksi di mahkamah.
Malangnnya musuh Anwar tidak nampak ironi
ini. Mereka tidak habis habis 'menyalak' supaya perbicaraan disegerakan
sedangkan tindakan Najib, Rosmah, Musa Hasan dan Rodwan ini antara
penyumbang besar kepada kelengahan perbicaraan .
Seperkara lagi Anwar
sudah punya pengalaman memberi keterangan bersumpah sebanyak dua kali
sebelum ini dan beliau amat arif permainan kotor musuhnya. Memberi
keterangan bersumpah akan dikawal oleh mantra 'tidak relevan' yang akan
kita dengar berulang-ulang kali seperti dua perbicaraan beliau yang
terdahulu.
Bayangkan jika keluar dari mulut Anwar misalnya 'ada
konspirasi nak aibkan saya...tidak relevan..' macam mana TV3 boleh ada
siri khas tentang Saiful' ..tidak relevan.. begitulah yang saya percaya
ada di dalam pemikiran Anwar. Memberi keterangan secara tidak bersumpah
tidak boleh dikawal oleh mantra 'tidak relevan'. Anwar bebas menentukan
rentak dan iramanya tanpa diganggu gendang 'tidak relevan'.
Hakikatnya
apa yag Anwar katakan tersebut itulah yang paling ditakuti oleh
musuh-musuhnya . Malang sungguh musuh Anwar kerana penantian mereka
bahawa Anwar akan terperangkap dalam jerat mereka tidak berlaku.
Yang
berlaku adalah Anwar yang kini menjerat mereka dan sehingga artikel ini
ditulis seluruh manusia di seantero alam kini mula menghakimi sistem
kehakiman negara ini dan para aktor -aktor yang terlibat dalam
perbicaraan Anwar.
Syabas Anwar !
Syabas datuk Seri Anwar bin Datuk Ibrahim. So far anda adalah yang paling layak membawa Malaysia menuju masa depan yang lebih baik daripada sekarang..
ReplyDeleteBEBASKAN ANWAR..BEBASKAN MALAYSIA..!!!
Oleh,
www.highlander2u.blogspot.com
YA ALLAH,selamatkan lah Anwar dari kezaliman ini dan bebaskannya...amin!
ReplyDeleteKomen yg menarik dan berisi. Tq.
ReplyDeleteBismillahirohmanirahim, Dalam kes DSAI dengan Lembu Sapol ni,hanya Najib dan Rosma yang menentukan, masuk penjara atau tidak, jika DSAI di masukan dipenjara, berarti, Negara Malaysia kehilangan Pelabur Asing, Malaysia huru hara, Undang Undang dah di cabuli, kerana sesiapa pun boleh memfitnah musuh dalam politik nya, dengan izin Najib dan Rosma..
ReplyDelete