Kelihatan seperti Shahrizat Jalil mungkin akan menghadapi
hari-hari terakhir kerjaya politik beliau. Cuti kecemasan 3 minggu yang
dipohonnya daripada Perdana Menteri Najib Razak mungkin akan menjadi
tetap kerana telah timbul pula dakwaan bahawa orang atasan NFC telah
membayar seorang
“Datuk penipu” untuk mempengaruhi pihak polis dalam
siasatan mereka dalam kes rasuah sebuah syarikat penternakan lembu.
Sudah ada spekulasi bahawa orang atasan itu adalah suaminya,
pengerusi eksekutif NFC, Salleh Ismail.
Shahrizat yang enggan mengulas
apabila cuba disoal oleh wartawan petang tadi.
“No, no, no, excuse me,” Shahrizat yang juga ketua wanita UMNO
berkata apabila ditanya mengenai dakwaan yang dibuat pemimpin PKR bahawa
mereka mempunyai bukti dalam bentuk email yang mengatakan ada yang
tidak kenan di NFC.
Dipaksa keluar
Email tersebut ditulis oleh Megat Najmuddin Megat Khas, salah seorang ahli dalam lembaga penasihat SPRM.
Dalam email itu, Megat menulis bagaimana seorang peguam NFC telah
memberitahu beliau bahawa seorang pegawai NFC telah ditipu dengan
membayar wang kepada seorang penipu yang dipercayai adalah Shamsubahrin
Ismail yang juga dikenali dengan nama jolokan “Datuk Fixit” untuk
mempengaruhi siasatan yang sedang dibuat pihak polis.
“Situasi nampaknya agak serius untuk Shahrizat. Jelas bahawa banyak
yang perlu diterangkan dan bagus untuk beliau diberi ruang untuk
penyiasatan dijalankan. Tetapi, ini bukanlah penamat. Najib haruslah
melakukan lebih lagi untuk menyelamatkan aset NFC,” kata naib presiden
PKR Chua Jui Meng kepada Malaysia Chronicle.
“Tanpa terburu-buru membuat kesimpulan atas siapa pegawai NFC itu,
telah lama jelas kedudukan Shahrizat.
Beliau sedang berhadapan dengan
yang paling sukar dalam parti UMNO itu sendiri jadi beliau janganlah
terlalu banyak membuat rundingan kerana mereka-mereka ini merbahaya.
Mereka merasakan bahawa beliau adalah liabiliti untuk UMNO pada PRU 13
nanti dan mereka tidak akan berhenti sehingga Shahrizat meletak
jawatan.”
Misteri semakin terungkai
Sememangnya Shahrizat telah mencuba untuk berjuang dalam mendapatkan
tempat untuk anak-anaknya yang juga berkerja untuk projek meningkatkan
40% bekalan daging di negara.
Ia dilihat sebagai ancaman yang tidak nampak untuk membongkarkan
kegiatan rakan-rakan beliau dalam UMNO, beliau telah memberitahu
pemberita “siapa dalam UMNO yang tiada masalah?”- merujuk kepada
kegiatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh parti
pemerintah itu.
Bagaimanapun, pembongkaran oleh PKR baru-baru ini yang menunjukkan
email itu kepada sidang media telahpun mengena pada sasaran. Datuk fixit
telah ditahan pada bulan lepas dan reman beliau telah dipanjangkan
kerana cuba merasuah polis dalam siasatan kes RM250 juta NFC.
Pada masa itu, tiada berita bahawa Datuk Fixit telah dibayar atau
diupah untuk melakukan yang demikian oleh ‘orang penting NFC’. Suami
Shahrizat, Salleh juga mengatakan bahawa Datuk Fixit bukanlah ahli
keluarga ataupun pernah bekerja dengan NFC.
Sekarang, dengan perlahan-lahan, misteri semakin terungkai. Sebuah gambaran yang lebih jelas timbul.
Antara dakwaan ke atas suami dan anak-anak Shahrizat adalah mereka
telah menyalahgunakan RM188 juta daripada RM250 juta daripada pinjaman
kerajaan untuk penternakan lembu dengan membeli 2 buah kondo mewah di
Bangsar dan Singapura, sebidang tanah di kawasan perumahan di Putrajaya,
sebuah Mercedes Benz mewah, diskaun berjuta ringgit dan pemindahan wang
kepada restoran milik keluarga yang juga membeli daging daripada NFC.
“Saya harap SPRM akan dapat menyiasat sama ada saya terlibat atau
tidak dengan keputusan yang dibuat kerajaan terhadap NFC yang mana suami
saya, Datuk Seri Dr Mohammad Salleh Ismail adalah pengerusi
eksekutifnya.” Kata Shahrizat dalam kenyataannya petang tadi.
Terdesak dan diselubungi spekulasi
Mengesahkan bahawa beliau telah menulis email tersebut yang disebar
kepada sekumpulan besar individu, Megat Najjmuddin telah menulis:
“Beliau (Peguam itu) telah memberitahu tentang cerita penipu ini
mengenai bagaimana dia telah dengan manis mulut menyakinkan pelanggannya
yang terdesak untuk memberinya wang dan dia akan membuatkan pihak polis
kurang kejam dalam penyiasatan mereka!
Sangat sedih apabila memikirkan
betapa terdesaknya seseorang yang sudah tersepit.”
Walaubagaimanapun, Megat memberi amaran bahawa apa yang diberitahu peguam itu adalah spekulasi semata-mata.
“Ia adalah email peribadi dan pendapat peribadi saya jadi tiada
siasatan telah dimulakan. Banyak khabar angin di sini. SPRM sedang
menyiasat perkara itu.” Menurut beliau yang dilaporkan oleh Malaysian
Insider.
Malaysia Chronicle
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.