Oleh : MOHD FIRDAUS MUHAMMAD NOOR
HAMPIR
10,000 pengunjung kecewa dengan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia
(BR1M) yang dijanjikan kerana tidak ditepati oleh Kerajaan Negeri Sabah.
Yang DiPertua PAS Semporna, Mohd Julpikar Abd Mijan mendakwa, hampir
sebahagian daripada pengunjung yang hadir ke Program Pemimpin Bersama
Rakyat di pekan Semporna yang turut dihadiri oleh Timbalan Perdana
Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pulang dalam perasaan yang kecewa
setelah berpanas dan bersesak-sesak bagi mendapatkan bantuan BR1M
tersebut.
“Mereka
datang dari seluruh daerah Semporna ini bagi mendapatkan BR1M yang
telah dijanjikan kerajaan. Namun, mereka agak kecewa kerana hanya
sekitar 3,000 ribu sahaja yang menerima bantuan tersebut,” dakwa
Julpikar lagi.
Menurutnya,
kerajaan perlu berperanan secara serius dan adil dalam pemberian
bantuan kepada rakyat terutama apabila janji sudah dibuat, maka peranan
perlu dibuat secara serius dan adil.
Program
pemberian BR1M yang diadakan sempena Program Pemimpin Bersama Rakyat
yang diadakan di Padang Pekan Semporna kelmarin turut dihadiri Ketua
Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah , Datuk Seri Shafie Apdal.
Beliau
yang juga Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah turut menempelak Muhyiddin
kononnya BR1M tersebut tidak ada kaitan dengan politik.
“Cakap
tidak ada main-main politik. Tapi, ucapan-ucapannya jelas bermotifkan
politik bagi meraih undi. Ini duit, duit rakyat yang bayar cukai. Bukan
duit Umno BN. Kenapa perlu mengatakan Umno yang bagi?” ujarnya.
Sehubungan
itu, Julpikar menyeru rakyat Sabah untuk mengajar pemimpin-pemimpin
Umno BN yang ‘besar kepala’ dengan terus memberi sokongan kepada Pakatan
Rakyat.
sumber: Sabahkini
|
Followers
Wednesday, January 18, 2012
PENGUNJUNG KECEWA BR1M TIDAK DITEPATI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.