GEORGETOWN: Pengerusi
Kariah Masjid Jelutong, Mohamed Yusof Mohamed Noor kena penampar anak
kariah sendiri gara-gara mereka tidak berpuas hati dengan kepimpinannya.
Kejadian
itu berlaku di Masjid Jelutong selepas solat Jumaat apabila anak kariah
tidak puas hati dengan pendekatan yang digunakan Mohamed Yusof
mentadbir masjid itu sejak tiga tahun lalu.
Difahamkan, anak kariah itu yang mempunyai masalah peribadi dengan pengerusi itu.
Bagaimanapun, keekcohan itu berjaya dileraikan oleh beberapa anak kariah lain yang segera campur tangan.
Aksi
tampar dahi itu berlaku di ruang solat masjid berkenaan selepas Mohamed
Yusof memberi kenyataan kepada wakil media mengenai dakwaan sekumpulan
anak kariah bahawa beliau sengaja membuat pelantikan jawatankuasa
kariah masjid untuk 2012 secara rahsia dan tidak mengumumkannya.
Terdahulu,
kira-kira 20 anak kariah Masjid Jamek Jelutong mengadakan demonstrasi
selepas solat Jumaat membantah pelantikan Mohamed Yusof sebagai
pengerusi jawatankuasa kariah masjid itu.
Ia
diketuai Pengerusi Persatuan Badan Bertindak Penduduk Jelutong Timur,
Zarus Yusof, yang turut membidas dan mendakwa Exco Hal Ehwal Agama,
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim
campur tangan dalam urusan pemilihan jawatankuasa kariah masjid
sehingga menyebabkan perpecahan dalam kalangan anak kariah.
Mereka
turut membawa beberapa sepanduk yang tertulis ‘Jangan jadi kuda
tunggangan politik: peringatan kepada Jabatan Agama Islam', 'Kami anak
kariah mendesak pelantikan AJK tahun 2012 ditarik balik dan dibatalkan'
dan 'Siasat akaun masjid, kenapa takut?'
Zarus
berkata, perpecahan berlaku disebabkan campur tangan politik ke atas
pemilihan jawatankuasa kariah masjid itu mengakibatkan ramai anak kariah
tidak puas hati dan mahu ia diadakan semula.
"Pengerusi
sekarang gagal mentadbir masjid ini sejak tiga tahun lalu. Dia tidak
pernah mengadakan mesyuarat agung dengan anak kariah dan tidak pernah
membentangkan simpanan kira-kira masjid.
"Malah,
timbalan pengerusi, setiausaha serta ahli jawatankuasa (AJK) wanita
masjid sebelum ini disingkir tanpa sebarang alasan munasabah dan
langsung tidak dimaklumkan kepada anak kariah," katanya.
Sementara
itu, Mohamed Yusof berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat
pemilihan jawatankuasa kariah masjid terbabit dalam tempoh terdekat dan
menyifatkan bantahan itu berlaku akibat salah faham.
Beliau
berkata, semua perkara berbangkit termasuk masalah dalaman akan
dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan dan 11 agenda mengenai
perancangan kariah masjid juga dibentangkan.
-sinarharian-
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.