SHAH
ALAM, 18 JAN: Ahli Parlimen Selayang, William Leong mempertikaikan
samaada ada dikalangan pemimpin BN terlibat dalam pengaliran wang haram
keluar negara berjumlah USD291 bilion (RM1.07 trilion) sejak 10 tahun
lalu.
Katanya berdasarkan pendedahan Bank Negara bahawa
pengaliran wang haram tersebut membuktikan tiada usaha dilakukan oleh
kerajaan BN untuk menangani isu tersebut.
"Pengaliran wang haram
ke luar negara dalam tempoh 10 tahun berjumlah USD291 bilion (RM1.07
trilion) membuktikan amalan rasuah dan aktiviti haram di negara ini
berlaku secara berleluasa.
"Saya pertikai ketelusan kerajaan BN yang tidak mengambil sebarang tindakan drustik berhubung hal ini.
"Apakah
hal ini tidak diambil tindakan disebabkan oleh ramai pemimpin BN
terlibat. Inilah persepsi rakyat sekiranya kerajaan bersikap lepas
tangan dan tidak mengambil sebarang usaha untuk menghentikan kegiatan
yang merugikan negara ini.
Kata William, Pakatan Rakyat merasa amat kesal dan bimbang dengan pengaliran aset negara tersebut.
"Amat membimbangkan apabila Malaysia di istihar sebagai negara ke lima di dunia menjadi pusat pengaliran wang haram.
"Jumlah ini bukan sedikit tetapi amat besar serta memberikan imej buruk kepada negara dimata antarabangsa.
"Secara
tidak langsung menjadikan negara ini sebagai pusat kegitan haram
antarabangsa yang gagal ditangani oleh kerajaan." kata beliau ketika di
hubungi TV Selangor.
Beliau yang juga seorang ahli ekonomi berkata
masalah pengeluaran wang haram yang telah berlaku sekian lama dinegara
ini tidak ditangani oleh kerajaan BN.
"Mengapa isu ini tidak ada
pemimpin BN yang bersuara untuk mengatasinya kerana sudak 10 tahun
negara berhadapan masalah ini." ujar beliau
Katanya, tidak sukar
untuk mengenal pasti isu tersebut kerana transaksi pengaliran wang haram
tersebut boleh dilakukan oleh pihak Bank Negara dan Kementerian
Kewangan.
"Saya bimbang ada komplot yang besar yang beroperasi di
negara ini dan saya menyeru supaya kerajaan segera bertindak menghalang
kegiatan ini." tegas beliau
Dalam pada itu beliau berkata
sekiranya Pakatan Rakyat di pilih menerajui negara dalam pilihanraya
akan datang, usaha untuk memburu dan mengatasi masalah ini akan diberi
perhatian utama.
"Kita tidak mahu wang negara dan aset negara dikhianati oleh mereka yang tidak bertanggungjawab." katanya
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.