Followers

Thursday, January 5, 2012

Noh Omar Dalang Sabotaj Kutip Sampah??

 
Nampaknya tak sudah-sudah puak yang meroyan kepingin nak rampas Selangor sanggup lakukan apa saja termasuk perkara keji dan tak bermaruah!

Apa salah dan dosa majoriti rakyat negeri ini yang telah memilih Pakatan Rakyat untuk memerintah diperlakukan sebegini?


Sudah terlalu lama, memang terlalu lama rakyat Selangor memberi peluang dan ruang buat Umno-APCO membuktikan kata-kata ciptaan mereka sendiri, tapi disia-siakan.


Bagaimana rakyat mahu hormat kepada Umno-APCO sekiranya perkara "kebudak-budakkan" pun masih lagi dilakukan?


Umno-APCO sudah berusia 64 tahun, dah lama dahhh!!


Cukup lama buat sebuah negeri mahukan dirinya bebas daripada jenayah kolar putih, rasuah, penyelewengan dan ketirisan yang kini mahukan ketelusan, amanah, jujur dan bertanggungjawab!


Noh Omar patut malu kepada dirinya sendiri kerana sebagai pemimpin, dia sepatutnya mengarahkan juak-juaknya membongkar apa saja isu berkenaan rakyat dan bukannya menyelongkar sampah rakyat umpama anjing kurap!


Hinggakan ADUN Teratai dalam Parlimen Pandan, Jenice Lee Ying Ha dalam mesejnya di Twitter dua jam lalu menceritakan betapa dia terpaksa mencari kontraktor kutip sampah sendiri akibat perbuatan sabotaj yang dilakukan kontraktor yang dilantik tetapi kemudiannya diugut oleh juak-juak Noh Omar supaya memberhentikannya!


Bukti sudah ada di tangan dan Noh Omar jangan buat bodoh macam lembu NFC Shahriat Jalil!


Jika beginilah kelakukan yang ditunjukkan, harapan Umno-APCO untuk merampas negeri terkaya di Malaysia ini PASti bertambah malap!


Najib Altantuya pula dek sibuk dengan bebanan di Pusat langsung tak ada masa nak lawat atau pantau, hanya mengharapkan malaon seperti Noh Omar saja yang boleh buat kerja.


Pendek kata, selagi ada Noh Omar dalam Umno-APCO negeri, makin hancur dan reputlah parti perkauman sempit itu dar dalam, perlahan dan menyakitkan!

JALAN PULANG

Noh diminta hentikan sabotaj kutipan sampah

PAS meminta agar Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar menghentikan segala sabotaj jika beliau ada rancangan untuk mengganggu kutipan sampah di Selangor.


Demikian kata Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib (gambar) dalam satu sidang medianya di sini.


Turut serta dalam sidang media itu adalah Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei dan Jenice Lee, Setiausaha Publisiti DAP Negeri Selangor.


"Kita tahu isu sampah adalah rancangan sabotaj di mana Noh dan Umno Selangor didakwa terlibat, isu tersebut adalah sengaja ditimbulkan apabila kontrak Alam Flora telah ditamatkan oleh kerajaan negeri," sambung beliau lagi.


Isu kutipan sampah menjadi hangat dalam media Umno sejak kebelakangan ini.


Ia bermula apabila kerajaan negeri Selangor memutuskan untuk menamatkan kontrak pengutipan sampah dari Alam Flora selepas tidak berpuashati dengan kerjanya.


Buat sementara ini, anak syarikat kerajaan negeri Selangor di bawah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Hebat Abadi Sdn Bhd telah diberikan amanah untuk menjalankan kerja-kerja ini di Shah Alam sehingga kontraktor yang kekal diperolehi.


Kerajaan Selangor memutuskan, kontraktor ini perlu diberikan kepada penender terbaik melalui tender terbuka untuk mempastikan kerja terbaik yang dibuat nanti bukannya orang kedua tetapi penerima kontrak berkenaan.


Pada hari pertama dan kedua kerja ini berjalan, iaitu pada 1 dan 2 Januari, Pengurus Besar Hebat Abadi, Ramli Mohd Tahir telah membuat tiga laporan polis ekoran kerja-kerja pemungutan sampah mereka diganggu.


(Salah satu salinan laporan polis yang dibuat oleh Ramli)


Pada 1 Januari, Ramli membuat laporan di Balai Polis Seksyen 11 bahawa kompaktor (lori pengangkut sampah) mereka telah ditahan dari memasuki jalan Seksyen 17/23 dekat sini.


Pada 2 Januari, Ramli membuat dua laporan polis lagi berkaitan perkara yang sama.


Dalam laporan itu, Ramli melaporkan, pada jam 11 pagi, kompaktor milik Cemerlang Endas Sdn Bhd ditahan dari memungut sampah di Seksyen 9.


Dalam satu lagi laporan polis, beliau berkata, pemilik syarikat Aminora Enterprise (kontraktor kepada Hebat Abadi) menerima panggilan telefon yang mengugut supaya mereka tidak memasuki Seksyen 7 untuk memungut sampah di situ.


"Saya bimbang akan ancaman ini kepada Kumpulan Darul Ehsan dan kontraktor kami memandangkan kami hanya syarikat yang diamanahkan bagi menyelesaikan masalah kutipan di kawasan ini," kata Ramli dalam laporan polisnya.


Salinan semua laporan polis ini diserahkan kepada Harakahdaily oleh KDEB.
 
 
Jalan Pulang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.