Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, hari ini
dianugerahkan Darjah Setia Diraja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran
Datuk oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah Sultan
Badlishah.
Anugerah itu adalah sempena ulang tahun keputeraan baginda yang ke-84.
Saifuddin menerima anugerah itu Istana Anak Bukit, Alor Setar.
Sementara itu, mendahului senarai penerima darjah kebesaran, bintang dan
pingat sempena adalah Sultan Kelantan Sultan Muhammad Ke-V yang
merupakan penerima tunggal Darjah Kerabat Kedah (DK).
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung dan
Panglima Angkatan Tentera Jeneral, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin pula
dianugerahkan Darjah Seri Setia Diraja Kedah (SSDK) yang membawa gelaran
Datuk Seri.
Tiga orang penerima Darjah Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu'adzam
Shah (DHMS) (gelaran Datuk Paduka) ialah pengasas Universiti Lim Kok
Wing, Tan Sri Dr Lim Kok Wing; Panglima Tentera Darat, Jen Datuk
Zulkifli Zainal Abidin; dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri
Khalid Abu Bakar.
Pengarah Urusan United U-Li Corporation Berhad, Datuk James Lee Yoon
Wah; Pengarah Jabatan Keselamtan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam,
Pesuruhjaya Datuk Salleh Mat Rashid; Timbalan Panglima Tentera Darat,
Lt-Jen Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi; dan Pegawai Khas Perdana
Menteri, Prof Datuk Dr Khairul Annas Jusoh akan menerima Darjah Gemilang
Seri Mahkota Kedah (DGMK) (gelaran Datuk Wira).
Penasihat kepada Perdana Menteri, Datuk Othman Abd Razak pula merupakan
penerima tunggal Darjah Kebesaran Mahkota Kedah (DPMK) yang membawa
gelaran Datuk.
Darjah Setia Diraja Kedah (DSDK) yang juga membawa gelaran Datuk akan
dianugerahkan kepada 44 orang manakala 18 lagi menerima Jaksa Pendamai
(J.P).
Selain ahli Parlimen Machang, Kelantan, Saifuddin Nasution Ismail yang
dianugerah DSDK; dua anggota Exco kerajaan Kedah, Ustazah Aishah Ghazali
dan S Manikumar; ahli Dewan Negara, Senator Boon Som a/l Inong; ahli
perniagaan, Datuk Muhammad Ikmal Opat Abdullah; dan Ketua Polis Kedah,
Datuk Ahmad Ibrahim juga mendapat pingat yang sama.
Setiausaha Kerajaan Kedah, Datuk Paduka Rasli Basir, Speaker Dewan
Undangan Negeri Kedah, Datuk Dr Isa Ismail serta tiga Exco kerajaan
negeri, Datuk Taulan Mat Rasul, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Tan Chow
Kang antara penerima JP
MU NI ORANG MANDAILING KE ? SUKU APA ?
ReplyDelete