Jawatankuasa penaja penubuhan parti Keadilan Insan Tanah Air (Kita)
Melaka akan mengadakan sidang akhbar esok bertempat di 34-A Taman
Gadong Perdana, Jalan Pulau Gadong Melaka untuk acara pembubaran
jawatankuasa parti Kita negeri itu.
Menurut setiausaha penaja Yahaya Mat
Idris sebagai simbol pembubaran itu, papantanda parti berkenaan akan
diturunkan.
Jawatankuasa penaja itu diketuai oleh Kol Hashim Puteh.
Sehingga ini seramai 60 orang kebanyakan penyokong PKR sebelum ini
telah menyertai Kita. Pembubaran itu itu memberi pukulan maut kepada
parti itu yang baru mula hendak membuka kepak.
Menurut Yahya antara punca menyebabkan jawatankuasa berkenaan dibubar
ialah kerana tidak bersetuju dengan tindakan Presidennya yang menyokong
beberapa transformasi cadangan Najib Razak termasuk untuk membubarkan
ISA. Media massa dijemput hadir ke upacara berkenaan. ~mso
Sumber : Gempar!! Parti KITA Pimpinan Zaid Ibrahim Bakal Di Bubar Esok
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.