Followers

Thursday, January 5, 2012

EZAM SESUMPAH AKHIRNYA MENGAKU GAGAL JATUHKAN ANWAR Oleh: WFAUZDIN NS

 

"Tunjukkan pada saya, siapa yang masuk Umno itu ikhlas? - Ezam sesumpah
SINAR hari ini memetik kenyataan raja sesumpah, Ezam Mohd Noor yang mendakwa Anwar Ibrahim semakin hilang kredibiliti apabila Raja Petra Kamaruddin (RPK) mula menyerang beliau di dalam seluruh media pencacai kawalan Umno.

Soalan saya, semenjak bila RPK ini membantu menaikkan kredibiliti Anwar Ibrahim?  Benar, dulunya beliau dikatakan penyokong kuat kepada Anwar, sama juga seperti Ezam raja sesumpah.  
 
Ada yang berpendapat Ezam raja sesumpah adalah `ayam sabung' kepada Anwar Ibrahim sewaktu Ezam berada di dalam Keadilan,tetapi apabila beliau bertukar dari `ayam sabung' menjadi `lembu belaan' Umno, adakah Anwar Ibrahim hilang kredibiliti?  
 
Jika Ezam raja sesumpah gagal samasekali menjatuhkan Anwar di dalam politik, amat jauh sekali jika RPK mampu berbuat demikian.

Menjadi orang buangan, kini terpaksa bodek untuk kembali ke tanahair

Oleh yang demikian, kredit yang diberikan oleh Ezam sesumpah terhadap RPK adalah bukti menunjukkan Ezam sendiri tahu beliau gagal untuk menjatuhkan kredibiliti Anwar.  Siapakah sebenarnya yang boleh menjatuhkan Anwar di dalam politik?  Selain dari kekuasaan Allah SWT, hanya rakyat jua yang boleh berbuat demikian.  Suara rakyat suara keramat. 

"Kalau tuan-tuan lihat saya masuk Umno, ertinya saya sudah gila kerana ditekan" - Zahid Md Arip

Sudah ramai orang-orang kuat Anwar berpaling tadah kerana mereka ingin menjaga perut masing-masing.  Hajat mereka tercapai, ada yang mendapat tawaran kerja yang baik, ada yang mendapat Senator dan ada yang mendapat anugerah Datuk.  
 
Bermula dari kumpulan 7 penyamun, kumpulan Roslan Kassim dan Zahid Md Arip, kemudiannya dituruti oleh Dr Muzafar, Ezam, Zahrain, Nalla Karupan, Zul Kulim, Gobalakrisnan dan seekor dua lagi, tiada seekor pun dari mereka ini mampu menggoyahkan sokongan terhadap Ketua Umum PKR itu.

Beberapa hari ini, mereka amat cemburu dan sakit hati apabila gerakan rakyat untuk membebaskan Anwar Ibrahim semakin bergelora.  Rakyat tidak lagi terpedaya dengan propaganda yang dimainkan oleh media-media pengampu yang buta terhadap isu lembu `Fidlot' atau wang zakat yang dibelasah oleh pemimpin Umno. Kehadiran RPK di muka-muka TV dua tiga hari ini tidak melalaikan rakyat dari mengingati betapa Umno adalah perosak ugama, bangsa dan tanahair./wfauzdin.blogspot.com

4 comments:

  1. Allah Maha Berkuasa. Bukan manusia yang berhak menentukan buruk dan baiknya seseorang.Begitu juga dengan PR.Bukan umno yang menjatuhkan PR.
    Jadi para pencacai umno sekelian! Jika Allah menghendaki PR menang dalam PRU 13 ini, jangan haraplah kamu boleh menghalangnya!

    ReplyDelete
  2. betul sekali kata kata mu sdr azman.kekuasaan ALLAH mengatasi segala galanya.Manusia hanya merancang aja...........yang terbaik kita semua balik kapada ISLAM.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih saya ucapkan kepada kalian berdua yang sudi masuk keblog saya dan memberi komen yang bersemangat untuk sama2 kita renungkan. ayuh, bersama kita turun pada 9 Januari untuk memberi SOKONGAN MORAL kepada YB DS Anwar... ALLAHUAKBAR !!

    ReplyDelete
  4. kita bersama DSAI bukan kerana dirinya tp kerana apa yg dipimpinnya bersama kwn2 pimpinan PR yg lain2 utk menegakkan kebenaran dan keadilan di Malaysia utk kebaikan rakyat yg telah dirosakkan oleh umno/bn tu..Kami perlukan kepimpinan DSAI wpun mcm2 tekanan diberikan kpd beliau. Masanya org ramai bangun utk tumbangkan umno.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.