Followers

Friday, January 6, 2012

BILA MAMAK KUTTY MAHU RAKYAT HORMATI MAHKAMAH, AKU RASA MAHU MUNTAH - Oleh: WFAUZDIN NS

MAMAK kutty pun bersuara, dia kata Kempen 901 untuk DS Anwar itu adalah salah satu cubaan untuk menakut-nakutkan Hakim atau untuk mempengaruhi Mahkamah bagi membuat keputusan.  Semenjak bila Mahkamah di negara ini mudah terpengaruh?

Sewaktu kes Fitnah Liwat I tahun 1998, bukan sedikit yang turun ke mahkamah bahkan di jalan-jalan raya tetapi DS Anwar tetap merengkuk juga di dalam penjara.  Jadi, apa kaitannya kehadiran ramai penyokong DS Anwar nanti boleh menyebabkan Hakim tertekan?  
 
Mamak kutty ini tiada kredibiliti untuk bercakap soal ini kerana rakyat semua tahu siapa yang suka campurtangan di dalam urusan Mahkamah sehinggakan Ketua Hakim Negara pun dipecat.  Siapa yang pecat?  Tanya Rais Yatim, dia tahu dan ada kaitan dengan parti lamanya dulu iaitu Parti Semangat 46.

Tun Salleh Abas dipecat oleh tangan siapa?  Mamak kutty ingat rakyat lupa kisah video VK Linggam yang terang-terang mengisahkan betapa hancurnya sistem kehakiman di waktu Mamak kutty ini berkuasa?  
 
Apabila mahkamah keluarkan sapina untuk Mamak kutty hadir sebagai Saksi sewaktu kes Liwat I dulu adakah Mamak kutty mahu datang?  Siapa guna mahkamah untuk selamatkan diri kalau bukan Mamak kutty?

Mamak kutty ini bukan setakat Hakim, kuasa Raja-Raja pun dia kikis.  Undang-undang Islam pun jadi mainan pada Mamak kutty ini.  Jadi, usahlah Mamak kutty ini bercakap soal menghormati undang-undang.  Hakikatnya dia amat takut jika DS Anwar akhirnya menjadi PM.  
 
Bayangkan, orang tua hampir nyanyuk ini akan berada di dalam penjara atas berbagai salah laku dan penyelewengan yang beliau lakukan sewaktu beliau berkuasa.  Sebab itu Mamak kutty amat bimbang terhadap pengaruh Anwar.

Mamak kutty ini dengki kerana walaupun berpuluh tahun Anwar diaibkan, namun pengaruh Anwar semakin kuat.  Hinggakan ke mahkamah pun rakyat akan bersamanya.  
 
Mamak kutty ketika beliau disembur mukanya sewaktu melawat Kelantan dulu, tiada siapa pun yang simpati.  Sebab itulah mamak kutty ini teramat sakit hati terhadap Anwar.
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.