“Kami akan panjangkan borang permohonan tersebut kepada majlis
tertinggi (MT) Umno,” kata Ketua Penerangan Umno Selangor, Syukor Idrus.
Desas desus mengenai Exco Agama kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali menyertai Umno semakin semakin kedengaran.
Bagaimanapun, Ketua Penerangan Umno Selangor, Syukor Idrus menafikan perkara tersebut.
“Saya tidak mendengar apa-apa lagi. Tetapi jika berminat, dia perlu mengikut prosedur yang ditetapkan parti.
“Pertama, dia kena isi borang dan kemudian serahkan kepada pejabat Umno negeri di Shah Alam.
“Kedua, kami akan panjangkan borang permohonan tersebut kepada majlis tertinggi (MT) Umno,” katanya.
Sidang media
Dr Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor akan mengadakan
sidang media di rumahnya di pinggiran Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur
esok.
PAS memecat beliau Ahad lalu ekoran beberapa kenyataan kontroversi dan yang terbaru terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau menentang sokongan rakyat kepada perhimpunan di mahkamah
tinggi Kuala Lumpur di hari keputusan kes liwat Anwar kerana menganggap
ia kes peribadi tokoh pembangkang itu.
Mahkamah, Isnin lalu membebaskan Anwar dari tuduhan tersebut.
Syukor menambah, Umno Selangor mengalu-alukan kemasukan Dr Hasan ke dalam Umno.
“Sebagai tokoh politik yang berpengalaman, Dr Hasan boleh membantu Umno negeri merampas balik Selangor,” tambahnya.
oleh Muda Mohd. Noor
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.