ALOR SETAR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindakan membekukan akaun NFC seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah bukti bahawa pendedahan yang dibuat KEADILAN selama ini adalah benar dan bukan fitnah mahu pun manipulasi fakta.
“Mereka kata fitnah-fitnah akhirnya hari ini beku.
Kalau fitnah, beku buat apa?” kata Anwar. Anwar berkata demikian dalam
respons kepada pengumuman Najib hari ini bahawa aset NFC dibekukan buat
masa ini. Najib juga dilaporkan mengarahkan Timbalan Perdana Menteri,
Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertanian, Datuk Seri Noh Omar
untuk meneliti bagaimana penyelewengan itu boleh diselesaikan.
Pengarah
Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli sebelum ini membuat pendedahan bersiri
penyelewengan NFC yang menerima pinjaman RM250 juta daripada Kerajaan
Persekutuan tanpa sebarang jadual pembayaran balik. Rafizi juga
bertanggungjawab mendesak agar akaun NFC dibekukan sementara menunggu
siasatan ke atas NFC berlangsung.
Anwar selanjutnya berkata kelambatan
pentadbiran Najib masuk campur dalam penyelewengan wang oleh National
Feedlot Corporation (NFC) adalah bukti jelas Umno tidak boleh diharap
menjaga kekayaan negara.
“Umno tidak boleh diharap jaga khazanah
negara,” kata Anwar. Anwar juga berkata tindakan membekukan aset NFC
itu tidak akan dibuat Najib jika tiada desakan bertubi-tubi daripada
KEADILAN.
“Saudara, bayangkan tanpa suara anak muda Pakatan Rakyat,
apakah mungkin akan ada sedikit pun tindakan? Tidak akan berlaku,” kata
Anwar.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.